Home » Bandar baharu Kinabatangan bakal direalisasi: Johainizamshah
Berita Tempatan Politik

Bandar baharu Kinabatangan bakal direalisasi: Johainizamshah

SURAT: Johainizamshah Johari menunjukkan surat arahan penyukatan tanah RSP semasa menerima surat itu di Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu.

KINABATANGAN: Hasrat rakyat Kinabatangan untuk memiliki bandar baharu dijangka menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Johainizamshah Johari berkata perkembangan positif itu susulan pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Daerah menerima arahan Kertas Ukur (Registered Survey Paper (RSP) daripada  Pengarah Tanah dan Ukur.

Menurutnya Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) mengenal pasti dan memohon tanah dengan keluasan 157.48 ekar bagi membina bandar baharu Kinabatangan.

“Hasil usaha Pegawai Eksekutif MDK bersama Pegawai Daerah Kinabatangan, JTU Kinabatangan, Pegawai Hasil Bumi Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, ibu pejabat JTU mengeluarkan RSP untuk menyukat tanah terbabit,” katanya ketika dimaklumkan perkembangan terkini permohonan tanah berkenaan.

Johainizamshah berkata perkembangan positif itu dapat dicapai walaupun baharu enam bulan beliau diberi kepercayaan menerajui PPM Lamag.

Menurutnya cadangan mewujudkan Bandar Baharu Kinabatangan mendapat sokongan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang mahu melihat kawasan Kinabatangan membangun dibawah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Semua ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada Hajiji yang mahu Kinabatangan terus membangun,” katanya sambil menambah penyukatan tanah itu diharap dapat dibuat oleh pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

Katanya UPPM DUN Lamag terus berkhidmat membantu rakyat kawasan itu seiring hasrat  kerajaan negeri yang inginkan agar kawasan Kinabatangan terus menikmati pembangunan dan kemajuan seperti daerah lain.

“Kita ada perancangan serta misi dan visi untuk rakyat dalam memastikan pembangunan yang berlanjutan dan inklusif. 

“Kerjasama dan kolaborasi antara semua pihak diperlukan untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan kualiti hidup, dan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Johainizamshah berharap rakyat di kawasan DUN Lamag khususnya dan Kinabatangan khaskan terus memberikan sokongan kepada kerajaan.

— Vivi Olviana Najurus

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment