Menurut Joniston dalam prinsip pengurusan dan pembuatan keputusan di peringkat majlis tertinggi PBS adalah melalui resolusi sebulat suara, bukan proses undian.
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah Datuk Joniston Bangkuai menafikan kesahihan berita bertajuk “Lebih Separuh Majlis Tertinggi PBS Mahu Kerjasama Dengan Warisan” yang disiarkan blog inisabah.com.
Katanya, walaupun ada beberapa Ahli Majlis Tertinggi yang membangkitkan perkara itu pada Mesyuarat AMT PBS minggu lalu namun tiada sesi undian diadakan untuk menentukan keputusan parti.
Add Comment