Home » Gagasan Rakyat perlu terus mantapkan jumlah keahlian
Berita Tempatan Politik

Gagasan Rakyat perlu terus mantapkan jumlah keahlian

Faimin (dua, kanan) bersama kepimpinan Gagasan Rakyat Kg. Lohan Ulu Simpangan Ranau merakamkan gambar kenangan.

RANAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan terus berusaha memantapkan parti termasuk menambah jumlah keahliannya di negeri ini khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan.

Pegawai Khas kepada Menteri Kewangan Datuk Faimin Kamin berkata, pada masa yang sama Gagasan Rakyat juga akan memberi penerangan dengan teliti dan secara mendalam bagi memastikan masyarakat betul-betul memahami perjuangan parti itu.

“Inilah adalah keutamaan yang akan kita lakukan. Ini penting agar mereka benar-benar tahu bahawa ikatan kepada perjuangan parti bukan hanya berlandasan semata-mata menyertai parti untuk sesuatu perkara, sebaliknya perlu ikhlas dalam perjuangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada mesyuarat pertama Gagasan Rakyat cawangan Kampung Lohan Ulu Simpangan Ulu di sini, kelmarin.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Amisah Yassin.

Sementara itu, Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Kg. Lohan Ulu Simpangan Ranau, Asly Harun berkata, usaha menambah keahlian perlu dilakukan kerana parti itu masih baharu.

“Banyak lagi perkara harus dilakukan untuk memastikan parti ini diterima rakyat di Sabah,” katanya.

Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment