Home » RM50,000 kepada pasukan MSSM bola sepak B18 dan B15
Berita Tempatan Politik Sukan

RM50,000 kepada pasukan MSSM bola sepak B18 dan B15

Ellron berkata, semasa Mesyuarat Jemaah Menteri di Menara Kinabalu kelmarin, beliau telah membentangkan cadangan peruntukan khas berkenaan untuk disumbangkan kepada pasukan-pasukan ini.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri meluluskan sejumlah RM50,000 peruntukan khas bagi membiayai kos perbelanjaan pasukan bola sepak bawah 18 dan 15 tahun yang menjuarai Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) baru-baru ini.

Pengumuman berkenaan diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin dalam satu sidang media khas hari ini.

Ellron berkata, semasa Mesyuarat Jemaah Menteri di Menara Kinabalu kelmarin, beliau telah membentangkan cadangan peruntukan khas berkenaan untuk disumbangkan kepada pasukan-pasukan ini.

Katanya, Ahli-ahli Jemaah Menteri kemudian sebulat suara meluluskan dana berkenaan.

“Kita berharap agar Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) bertindak segera untuk memohon dana berkenaan untuk disalurkan kepada pasukan-pasukan itu.

“Meskipun kita menyedari bahawa kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bukan dibawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan Sabah, tetapi sebagai orang Sabah dan atas semangat kesukanan itu, kita bantu kerana pada akhirnya mereka juga bakal mewakili Sabah ke peringkat lebih tinggi seperti SUKMA, Sukan Asia dan Olimpik,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron juga berharap pasukan berkenaan dapat melakukan yang terbaik dan menjuarai kejohanan itu.

Difahamkan kejohanan MSSM itu bakal berlangsung pada 25 sehingga 30 Ogos 2023 yang akan diadakan di Johor. 

Baru-baru ini, tular isu mengenai pasukan bola sepak berkenaan yang menjuarai MSSD baru-baru ini tidak menyertai MSSM di Johor. 

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment