Home » NAMLIFA bawa perubahan positif kehidupan masyarakat
Berita Tempatan Politik

NAMLIFA bawa perubahan positif kehidupan masyarakat

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia bersama-sama tetamu kehormat lain d acara perasmian Majlis Pengiktirafan Anugerah AKARD NAMLIFA 2023 di sini, semalam.

KOTA KINABALU: Persatuan Kebangsaan Ejen-Ejen Insurans Hayat dan Perancangan Kewangan Malaysia (NAMLIFA) dipuji kerana membawa impak positif kepada kehidupan masyarakat di negeri ini.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Dr Roland Chia berkata, berikutan daripada peranan yang dimainkan, ramai dalam kalangan ahlinya menerima anugerah cemerlang atas pencapaian masing-masing.

“Malam ini adalah malam anda semua, segala usaha dilakukan selama ini mendapat pengiktirafan.

“Sektor insuran memainkan peranan penting dan industri ini juga telah membuktikan kejayaan, mengguna pakai teknologi terkini dan mempunyai strategi yang baik,” katanya pada Majlis Pengiktirafan Anugerah AKARD NAMLIFA 2023 di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi NAMLIFA Cawangan Sabah Joseph Ngoh berkata, semua ahlinya perlu meneruskan momentum positif dan berusaha membawa lebih ramai ahli baharu.

“Hari ini anda semua menikmati kejayaan hasil daripada usaha masing-masing. Kejayaan ini sekali gus mampu menaik taraf tahap ekonomi seisi keluarga.

“Anda semua dialu-alukan menjemput ahli baharu agar mereka turut mampu mencapai kejayaan seperti anda semua pada malam ini,” katanya.

Hadir sama ialah Penasihat NAMLIFA Cawangan Sabah, Phang Jyn Yenn.

Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment