Home » Hampir 300 belia sertai program Bicara Santai Anak Muda Sabah
Berita Tempatan Politik

Hampir 300 belia sertai program Bicara Santai Anak Muda Sabah

ALBUM: Sebahagian belia yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Fairuz dan Azrul sempena program Bicara Santai Anak Muda Sabah yang diadakan di Beaufort.

BEAUFORT: Kira-kira hampir 300 belia menghadiri program Bicara Santai Anak Muda Sabah sempena Jelajah Outreach Belia Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diadakan di Dewan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah baru-baru ini.

Jelajah Outreach Belia SMJ itu menghimpunkan para belia dari empat kawasan di Pedalaman Bawah antaranya Klias, Kuala Penyu, Lumadan dan Sindumin.


Program yang diadakan itu merupakan anjuran Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan Sabah menerusi inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya.


Antara panel yang terlibat dalam program Bicara Santai Anak Muda Sabah ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan dan Pengarah IKRAR Sabah, Azrul Ibrahim yang dikendali moderator, Ustaz Faizal Sulaiman.


Pelbagai isu semasa dikongsikan panel yang terlibat kepada para belia yang hadir bagi memastikan golongan itu bukan sahaja mendapat input terkini tetapi juga maklumat yang sahih dan benar tentang perkara berkaitan tetapi juga penerangan lanjut mengenai hala tuju SMJ.

Bicara Santai yang diadakan itu turut memberi ruang dan peluang kepada belia untuk mengajukan persoalan, pandangan dan lain-lain perkara dalam sesi berkenaan.


Persoalan yang dibangkitkan dalam program Bicara Santai bukan sahaja dijawab oleh para panel tetapi juga diterangkan dengan lebih terperinci agar ia mudah difahami dan menjawab apa yang diajukan sekaligus memenuhi aspirasi mereka.

— Kenneddy Corlleus