Home » STB menang dua anugerah pelancongan
Berita Tempatan Politik

STB menang dua anugerah pelancongan

ANUGERAH: Christina menunjukkan anugerah yang diperoleh STB.

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) memenangi dua anugerah berprestij di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB Noredah Othman berkata, anugerah pertama yang dimenangi ialah Anugerah Lembaga Pelancong Serantau Terkemuka Asia 2023.

Katanya, anugerah diterima pada minggu lalu semasa di Majlis Anugerah Pengembaraan Dunia Tahunan ke-30 di Pusat GEM di Ho Chi Minh City, Vietnam.  

“Satu lagi anugerah iaitu Anugerah Gangsa untuk Komunikasi Terbaik Media Sosial bagi kempen STB ‘Fly Me To Sabah’ diterima pada Anugerah Kecemerlangan PR ASEAN keempat yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC).

“Kedua-dua acara anugerah itu bertepatan dengan Ekspo Perjalanan Antarabangsa yang diadakan di Ho Chi Minh City,” katanya semasa melakukan kunjungan kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap I Mary Malangking dan Timbalan Setiausaha Tetap II Alesia Sion. 

Christina mengucapkan syabas dan tahniah dengan pencapaian STB yang juga salah satu agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS).

— Vivi Olviana Najurus