Home » Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Malaysia
Berita Tempatan Politik

Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Malaysia

Sekitar Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran serta Solat Hajat sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri 2023 di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang pada Jumaat.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bersama-sama Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran serta Solat Hajat sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri 2023 di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang pada Jumaat.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan Yassin, Tahlil, doa kesyukuran dan kemudiannya Solat Jumat serta Solat Hajat.

Turut hadir ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Mohd Naim Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddi, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohd Hamsan Awang Supian dan Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar.

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment