Home » Kerajaan serah 421 geran tanah di Tongod
Berita Tempatan Politik

Kerajaan serah 421 geran tanah di Tongod

Hajiji diiringi Masiung,Bernard dan Nelson menyerahkan geran tanah anak negeri kepada wakil penduduk kampung pada majlis itu.
Menurut Hajiji, daripada jumlah geran tanah itu, sebanyak 343 geran adalah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) dan 78 geran lagi dari proses permohonan tanah biasa.

TONGOD: Kerajaan negeri menyerahkan sejumlah 421 geran tanah anak negeri kepada penduduk dari 15 kampung di daerah ini melibatkan jumlah keluasan 790.37 hektar (1953.15 ekar) tanah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyerahkan kesemua geran tanah itu hari ini semasa lawatan kerjanya ke daerah ini.

Katanya, antara kampung-kampung utama yang terlibat ialah Kampung Simpang Entilibon sebanyak 127 geran tanah, Kampung Imbak (94 geran tanah), Kampung Kironggu (55 geran tanah), Kampung Kotodon (43 geran tanah) dan Kampung Alitang (37 geran tanah).

Menurutnya, daripada jumlah geran tanah itu, sebanyak 343 geran adalah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) dan 78 geran lagi dari proses permohonan tanah biasa.

Hajiji turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri kepada empat kampung melibatkan Kampung Tampasuk seluas 77.587 hektar (191.214 ekar), Kampung Imbak seluas 7.25 hektar (17.915 ekar), Kampung Linayukan (15.831 hektar (39.119 ekar) dan Kampung Namukon (4.047 hektar (10.00 ekar).

Terdahulu, beliau melakukan pecah tanah projek pembinaan Bangunan Mahkamah Anak Negeri (MKN) Tongod di tapak projek itu.

Projek bernilai RM5,101,390.00 itu dimulakan pembinaan pada Jun 2023 dan dijangka siap pada Disember 2024.

Pada masa sama, Hajiji turut menyerahkan Tanah Rizab Tapak Bangunan MAN Daerah Tongod kepada Ketua Daerah Tongod OKK Jusison Saidin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah Datuk Bernard Liew; Pegawai Daerah Tongod Nelson Domil Oluk dan pemimpin masyarakat setempat.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment