Home » Duta Korea Selatan kunjungi Hajiji
Berita Tempatan Politik

Duta Korea Selatan kunjungi Hajiji

KUNJUNGAN: Hajiji (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Yeo (kiri) selepas kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Duta Korea Selatan ke Malaysia Yeo Seung Bae mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bagi membincangkan usaha meningkatkan hubungan perdagangan dua hala di antara Sabah dan Korea Selatan di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Pada masa ini, pelaburan terbesar Korea Selatan di Sabah ialah SK Nexilis yang mengeluarkan produk kerajang tembaga di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dekat sini.

Korea Selatan juga antara negara yang mengambil bahagian dalam Ekspo Antarabangsa Sabah 2023 (SIE2023) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Yeo turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri mengenai pembukaan pejabat konsulat negara itu di sini esok.

— TAMAT