Home » COVID-19: 2,295 kes baharu, tiga kematian dicatat
Berita Am Berita Dalam Negara

COVID-19: 2,295 kes baharu, tiga kematian dicatat

KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Rabu meningkat kepada 2,295 kes, berbanding 1,873 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Menurut data di portal KKMNOW, tiga kes kematian dicatat semalam.

Satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar fasiliti kesihatan, ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, kes aktif COVID-19 dalam negara kini berjumlah 24,331 kes dengan 95.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Manakala, 1,072 pesakit mendapat rawatan di hospital.

33 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi manakala 11 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,386 kes sembuh.

-astroawani