Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian (kiri) mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh di Doha pada Sabtu. – Gambar REUTERS
IRAN terus memberi amaran kepada Israel jika terus meningkatkan konflik di Gaza, ia berisiko melibatkan penyertaan tentera negara itu.
“Jika mereka tidak menghentikan kekejaman mereka di Gaza, Iran tidak boleh hanya menjadi pemerhati,” kata Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian, kepada Al Jazeera.
“Jika skop peperangan melebar, kerosakan besar juga akan dialami oleh Amerika,” tambahnya.
Ini berlaku sehari selepas Amirabdollahian bertemu dengan pemimpin Hamas di Doha. – BBC
— AWANI
Add Comment