AKHIRNYA hari yang ditunggu-tunggu sudah ditetapkan. Semua parti bergantung pada 21,173,638 pengundi yang tersebar di seluruh 222 kawasan parlimen, 166 di Semenanjung dan WP Labuan, 31 di Sarawak dan 25 di Sabah.
Pengundi akan menentukan mana satu blok parti politik diberi mandat sempena PRU penggal Parlimen ke-15, sekali gus dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan.
Tiga blok parti utama, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) berentap, di antara mana kah menjadi pilihan rakyat.
Semua parti telah mengatur strategi masing-masing, kecuali GPS-Sarawak yang masih berteka teki, antara BN atau PN, mana satu menjadi pilihan.
GPS Sarawak merasa yakin, sekurang-kurangnya boleh menang 25 kawasan daripada 31 yang tersedia di negeri tersebut. Jumlah 25 kerusi tingginya nilainya, jika di Semenanjung berlaku tiada blok parti dominan.
Sementara di Sabah pula, masih berlaku kesimpang siuran, kerana antara BN-GRS masih bergelut dengan agihan kerusi, sedangkan agihan kerusi antara dua blok parti itu adalah penanda aras, parti mana yang bakal menang sebanyak mungkin kerusi.
Add Comment