Home » EU kecam serangan Israel ke atas infrastruktur awam
Berita Am Berita Luar Negara

EU kecam serangan Israel ke atas infrastruktur awam

Seorang lelaki duduk di bahagian luar sebuah bangunan yang musnah akibat serangan tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Rafah. – Foto AP

BRUSSELS: Presiden Suruhanjaya Eropah, Charles Michel sifatkan serangan ke atas infrastruktur awam sebagai pencabulan jelas ke atas undang-undang antarabangsa.

Kenyataan ini dibuat ketika sidang tergempar suruhanjaya itu, bagi membincangkan situasi di Gaza.

“Kami mendapat maklumat ketika mesyuarat tergempar ini. Ia sudah disahkan.

“Serangan ke atas infrastruktur awam adalah tidak sejajar dengan undang-undang antarabangsa,” katanya.

Sejak serangan tercetus 7 Oktober lalu, kalangan 27 anggota Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan pendirian yang berbeza, antaranya percanggahan dalam sokongan ke atas Israel.

Minggu lalu, blok eksekutif EU umum penggantungan serta merta dana pembangunan untuk pihak berkuasa Palestin.

Ia kemudian umum menilai semula bantuan itu untuk memastikan tiada dana disalah guna.

Sabtu lalu, suruhanjaya terbabit umum menggandakan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

AWANI