Home » Perang Palestin-Israel: Mohamed Salah gesa bantuan dibenarkan masuk ke Gaza
Berita Am Berita Luar Negara Sukan

Perang Palestin-Israel: Mohamed Salah gesa bantuan dibenarkan masuk ke Gaza

Mohamed Salah menggesa komuniti antarabangsa untuk membantu membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. – Gambar fail REUTERS

PEMAIN bola sepak ternama dunia, Mohamed Salah menggesa komuniti antarabangsa untuk membantu membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Dalam sebuah video yang diposkan di platform X, penyerang bola sepak Liverpool yang berasal dari Mesir itu berkata, “bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti dibenarkan dengan segera” ke wilayah Palestin itu.

“Orang-orang di sana berada dalam keadaan yang sangat teruk. Apa yang dilihat di hospital semalam sangat mengerikan. Penduduk Gaza memerlukan makanan, air dan bekalan perubatan dengan segera,” tambahnya.

“Saya menyeru pemimpin dunia untuk bersatu demi menghalang pembunuhan lebih ramai jiwa yang tidak bersalah. Kemanusiaan mesti menang.” – Agensiy

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment