Home » Lagi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza
Berita Am Berita Luar Negara

Lagi bantuan kemanusiaan memasuki Gaza

Sukarelawan mengibarkan bendera Palestin dan Mesir sebaik melihat trak membawa bantuan kemanusiaan menyeberangi pintu sempadan di Rafah Mesir, pada Ahad. – Gambar AP


GAZA:
Sebuah konvoi 17 trak bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza pada hari Ahad (22 Oktober) ketika Israel meningkatkan serangan ke atas wilayah Palestin itu.

Dengan kebimbangan mengenai kemungkinan perang itu terus berlanjutan, Iran mendakwa, wilayah itu boleh “di luar kawalan” manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengingatkan Hezbollah Lubnan bahawa jika mereka terlibat, itu akan menjadi “kesilapan dalam hidup mereka.”

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sekitar 100 trak setiap hari diperlukan untuk memenuhi keperluan 2.4 juta penduduk Gaza yang dilanda “malapetaka.”

Ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin memperingatkan bahawa bekalan bahan api akan habis dalam tiga hari.

“Tanpa bahan api, tidak akan ada bantuan kemanusiaan,” kata Philippe Lazzarini seperti dilaporkan AFP.

Dalam perkembangan semasa, Israel telah mengumpulkan puluhan ribu tentera di sekitar wilayah tersebut untuk sasaran serangan darat.

Israel meningkatkan serangannya semalam dan membunuh “puluh-puluh pengganas” di sekitar bandar Gaza,termasuk Timbalan Komander Rangkaian Roket Hamas, kata jurucakap ketenteraan Daniel Hagari pada Ahad.

Hamas mendakwa, serangan semalam ke atas Semenanjung Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 80 orang dan merosakkan lebih daripada 30 buah rumah.

Di Deir al-Balah, tengah-tengah Gaza, seorang wartawan AFP melihat mayat kanak-kanak di lantai berdarah di sebuah bilik mayat.

Seorang lelaki memeluk anak kecil yang sudah meninggal dan orang ramai menangis semasa mengenal pasti mayat saudara-mara mereka. – Agensi

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment