Home » Ahli Parlimen Kubang Pasu puji Armizan
Berita Tempatan Politik

Ahli Parlimen Kubang Pasu puji Armizan

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali di i Parlimen untuk Sesi Penggulungan Perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan 2024) peringkat Dasar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Pasu- Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail memuji kecekapan Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berhubung prestasi tugasnya yang amat memberangsangkan.

“Saya cukup puas hati dengan jawapan Papar. Prestasi baik,” katanya semalam ketika hadir di Parlimen untuk Sesi Penggulungan Perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan 2024).

Ahli Parlimen Kubang Pasu turut mencadangkan agar pemangku menteri yang berkenaan dilantik terus ke jawatan tersebut bagi mengatasi pelbagai masalah yang melanda negara.

Untuk pengetahuan umum,selain dari memangku jawatan Menteri KPDN ,Armizan juga merupakan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Ahli Parlimen Papar yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ahli Parlimen Kubang Pasu tersebut turut mencadangkan Armizan dilantik terus ke jawatan Menteri di KPDN. Video: Astro Awani.



-TAMAT