Home » Annuar terima 70 borang kemasukan ke parti STAR
Berita Tempatan Politik

Annuar terima 70 borang kemasukan ke parti STAR

SERTAI: Annuar (tengah) menerima 70 borang daripada Chai Mei Chen dalam satu majlis yang diadakan di balai raya Kg Mempikit Laut.

KENINGAU: Naib Presiden Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR) Datuk Annuar Ayub Aman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan menerima 70 borang permohonan keahlian untuk menyertai STAR bahagian Liawan baru-baru ini.

Borang keahlian diserahkan Chai Mei Chen dalam satu majlis santai yang turut dihadiri Ketua Wiranita Heldahwati Juhasin dan Jawatankuasa bahagian STAR Liawan di bangunan Balai Raya Kg Mempikit Laut.

 
Annuar yang juga Ketua Bahagian STAR Liawan dalam ucapan ringkas mengalu-alukan kemasukan penduduk ke parti STAR yang merupakan salah sebuah parti dalam komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk kerajaan negeri yang juga bersama-sama dengan kerajaan persekutuan.

 
“Pemilihan mereka adalah di landasan yang betul sebagai platform perjuangan membangunkan negeri ini khususnya daerah Liawan dalam pelbagai sudut.  


“Keberadaan STAR dalam kerajaan persekutuan dan negeri membolehkan parti ini membawa suara rakyat Sabah kepada pucuk pimpinan yang  berteraskan perjuangan untuk rakyat dan kini semakin mendapat tempat di hati rakyat di negeri ini termasuk di kawasan Liawan.  

“Penyertaan ini jelas membuktikan bahawa rakyat di kawasan Liawan menaruh keyakinan kepada kepimpinan parti STAR di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Pengerusinya Datuk Seri Panglima Hajiji Noor,”, katanya.

— Kenneddy Corlleus

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment