Home » PPKS hargai peruntukan khas Kerajaan Negeri
Berita Tempatan

PPKS hargai peruntukan khas Kerajaan Negeri

Presiden PPKS, Datuk Wilfred Lingham berkata, pihaknya amat menghargai jasa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas penyaluran geran peruntukan khas sebanyak RM100,000 kepada pertubuhan berkenaan.

KOTA KINABALU: Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) akan terus memperkasakan pertubuhan itu menerusi aktiviti yang bakal diadakan di seluruh negeri.

Presidennya Datuk Wilfred Lingham berkata, pihaknya turut menghargai jasa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas penyaluran geran peruntukan khas sebanyak RM100,000 kepada pertubuhan berkenaan.

“Antara aktiviti berkenaan adalah berkaitan dengan isu kesihatan seperti kesunyian, tekanan dan masalah pendengaran dalam kalangan pesara warga emas.

“Masalah pendengaran merupakan isu kesihatan utama dalam kalangan pesara warga emas,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, program seperti seminar juga bakal diadakan di daerah-daerah utama dimana speaker profesional akan dijemput bagi menyampaikan ceramah kesihatan.

Tambahnya ia termasuklah melaksanakan aktviti motivasi serta pengurusan kewangan kepada ahli-ahli persatuan ini.

“Selain itu geran tambahan berkenaan juga akan digunakan bagi membaiki dan membina semula kuaters yang dibenarkan kerajaan untuk dijadikan pejabat persatuan itu,” katanya.

EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment