Home » Kesan politik luar pada politik Sabah
Berita Tempatan Politik

Kesan politik luar pada politik Sabah

Di masa lalu kerana kelompangan atau ketimpangan ini dimanfaatkan oleh pihak luar melalui penyaluran peruntukan pada pemimpin berpotensi menggugat kedudukan kerajaan off the day, dan akhirnya, Sabah menjadi negeri yang paling banyak bertukar kerajaan.

SUATU masa lalu, politik Sabah sangat peka dengan pengaruh luar. Namun sejak tahun 2018 telah berlaku perubahan besar, apabila kecenderungan ke arah tempatan, ertinya rakyat mahu menentukan hala tuju sendiri.

Rakyat Sabah pada era sekarang mahu sebagai penentu, bukannya ditentu, dalam erti kata lain, mereka mahu menentukan bentuk kerajaan.

Jika pihak luar menyokong kerajaan yang ditentukan rakyat, ianya bukan luarbiasa, kerana ianya pendekatan menang-menang, iaitu saling memerlukan, bukan seperti mana yang lalu-lalu kerajaan negeri terikat dan ditentukan pihak berkenaan (one way governement).

Cubaan pihak luar menentukan kepimpinan negeri berlaku semasa PRN16 Sabah, namun ketegasan pemimpin tempatan usaha itu tidak berjaya.

Sekali lagi pada awal tahun ini, usaha pihak luar menumbangkan kerajaan negeri juga digagalkan.

Kerajaan yang ditentukan rakyat menerusi parti tempatan mempunyai kekuatan sendiri, iaitu mempunyai kuasa menentukan hala tuju sendiri.

Ciri-ciri pemimpin negeri yang bergantung pengaruh luar adalah yang membantah ATAU tidak bersetuju menunut hak-hak negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sehingga ada pemimpin utama parti politik di Sabah berkata bahawa tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang dikutip daripada negeri, jika ianya diberikan boleh menyebabkan Kerajaan Persekutuan muflis. Hujah sedemikian konsisten daripada pemimpin seangkatan dengan pemimpin itu.

Ciri-ciri lain adalah pemimpin yang terbuai dengan peruntukan khas yang diberikan untuk maksud tertentu yang lebih bersifat permintaan peribadi untuk sesebuah kawasan tertentu.

Memberikan peruntukan khas untuk sesebuah kawasan kerana kawasan itu diwakili seorang menteri membawa mesej pecah dan perintah, kerana tindakan itu membawa kecemburuan di kawasan-kawasan lain yang juga memerlukan peruntukan sama.

Di Sabah isu kekurangan peruntukan untuk kawasan-kawasan persempadanan pilihan raya atau kerajaan tempatan bersifat menyeluruh. Apabila kawasan tertentu mendapat lebih banyak peruntukan kerana diwakili menteri, maka jelas ada maksud tersirat.

Membangun negeri kena menyeluruh, kerana setiap kawasan mempunyai potensi yang sama untuk maju.

Menubuhkan kerajaan berpandukan pada jumlah kerusi majoriti, ertinya membabitkan banyak kawasan. Apabila hanya kawasan-kawasan tertentu menjadi tumpuan kemajuan dan pembangunan, maka ianya menyebabkan ketidak puashatian rakyat kawasan lain. Kesannya, kawasan yang tidak puashati itu menolak calon parti yang menerajui kerajaan. Apabila banyak kawasan yang menolak, sebab itu lah ada kerajaan gagal mempertahankan kerajaan.

Demikan juga pendekatan mereka yang mempunyai kedudukan, jika membataskan diri di kawasan sendiri, pengundi sendiri, kurang peduli dengan kawasan lain yang dipimpin mereka yang tiada kedudukan, maka berlaku ketimpangan sokongan. ketimpangan sokongan sesuatu yang perlu dielakkan kerana boleh memperkecil peluang menang sebanyak mungkin kerusi semasa pilihan raya.

Di masa lalu kerana kelompangan atau ketimpangan ini dimanfaatkan oleh pihak luar melalui penyaluran peruntukan pada pemimpin berpotensi menggugat kedudukan kerajaan off the day, dan akhirnya, Sabah menjadi negeri yang paling banyak bertukar kerajaan.

Mudah sahaja mengatasi ketimpangan ini, iaitu melalui peruntukkan yang merata dan adil. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment