Home » Jika masuk Sabah elakkan menyentuh agama
Politik Sudut Pandangan

Jika masuk Sabah elakkan menyentuh agama

Gereja yang dibina sekitar tahun 1930-an di Kota Kinabalu, itu telah dibeli pada 1969 sebelum diubahsuai menjadi sebuah masjid. Pada hari ini, masjid berkenaan berada di bawah kendalian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA). Foto: Astro Awani/Tan Su Lin

MANA-MANA pemimpin daripada Semenanjung jika masuk ke Sabah elakkan diri bercakap soal agama.

Jangan bawa politik Semenanjung yang lebih gemar menggunakan agama sebagai platform mendapatkan sokongan, kerana latar belakang dan komposisi rakyat yang amat berbeza.

Di Sabah kerjasama antara parti adalah rentas latar belakang, agama dan kaum.

Mana-mana parti di Sabah dapat bekerjasama asalkan mempunyai misi yang sama iaitu memajukan dan membangun negeri. Misi parti-parti yang bekerjasama adalah untuk mengwujudkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, atas sebab itu sentiasa meraikan prinsip perbezaan.

Menjadi jaguh agama, Sabah bukan tempatnya. Sabah sedang menuju kestabilan melalui Sabahfirst, Sabahforward; Sabahprosper dan Sabahunited.

Siapapun anda, jika datang ke Sabah perlu merujuk pada misi rakyat Sabah bukannya menjadi agen merenggangkan hubungan antara rakyat majmuk.

Para pemimpin utama daripada Semenanjung perlu berpesan pada penyokong mereka termasuk mereka yang berjawatan politik apabila datang ke Sabah untuk tujuan politik, perlu mengadkan diri pada politik pembangunan, politik mempupuk kerharmonian bukannya cuba mengapi-apikan soal agama dan kaum.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment