Home » Merealisasikan rumah kita, kita jaga
Politik Sudut Pandangan

Merealisasikan rumah kita, kita jaga

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempertahankan kerajaan menerusi RUMAH KITA, KITA JAGA untuk mengwujudkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan menerusi konsep SABAH FIRST, SABAH FORWARD, SABAH PROSPER DAN SABAH UNITED.

MUDAH merealisasikan rumah kita, kita jaga, apabila penduduk majoriti bersatu. Rekod lampau, apabila penduduk majoriti bersatu kaum minoriti pun akur.

Kaum minoriti sentiasa memasang mata dan telinga, jika kaum majoriti mempunyai kencenderungan bersatu, maka kaum itu pun turut sama menyokong.

Pada keadaan lain apabila penduduk majoriti berpecah, maka penduduk minoriti mengambil peluang terhadap perpecahan itu. Keadaan ini bukan lah rahsia akan tetapi perkara nyata.

Hasrat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding 73 kerusi DUN pada PRN17 bukan lah luar biasa, memandangkan gabungan itu bermatlamat merealisasikan tagline rumah kita, kita yang jaga. Asasnya atas keyakinan akan kehendak rakyat Sabah yang mahukan diwakili parti lokal.

Tiada yang boleh menidakkan pendirian rumah kita, kita jaga sebagai asas menghadapi PRN17 Sabah.

Selepas PRU14 pada Mei 2018, perubahan pendekatan politik telah berlaku di Sabah samada menerusi pilihan raya juga selepasnya.

Demikian juga semasa PRU15, pendekatan yang digunakan semasa pilihan raya itu berbeza dengan praktikalnya selepasnya.

Dilihat PRN17 Sabah akan ada pendekatan yang juga berbeza termasuk perlawanan terbuka.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempertahankan kerajaan menerusi RUMAH KITA, KITA JAGA untuk mengwujudkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan menerusi konsep SABAH FIRST, SABAH FORWARD, SABAH PROSPER DAN SABAH UNITED.

Berpandukan pada keharmonian hubungan antara pemimpin politik yang mendokong kerajaan ini, dirasakan hubungan ini perlu dipertahankan, sesuai dengan kedudukkan masing-masing.

Cara mempertahankan adalah semua parti kekal dengan kerusi yang disandang sebelum pembubaran. Kawasan yang disandang parti lawan diagihkan sesuai dengan kekuatan parti masing-masing.

Jangan timbul “demand” apa tah lagi cuba bertanding di kerusi yang disandang parti kawan.

Letakkan prinsip bertanding untuk menang kerusi, bukan sekadar bertanding.

Pun demikian oleh kerana hasrat GRS bertanding 73 kerusi, maka dengan sendirinya membuka ruang pada parti-parti lain semada bekerjasama atau berkolaborasi untuk memastikan satu lawan satu, atau juga tiada kerajsama atau kolaborasi melainkan “free contest” runding selepas keputusan.

Jika benar lah berlaku “Free contest” termasuk dengan parti-parti yang mendokong kerajaan Sabah pada hari ini, dengan sendirinya membawa isyarat, bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu menjadi single parti menerajui kerajaan negeri.

Ertinya apa kah rakyat Sabah menerimanya akan diketahui daripada keputusan pilihan raya itu. Jika benar, bahawa rakyat Sabah memberi mandat hanya pada GRS, membawa makna, bahawa setiap wilayah diterajui oleh blok parti tempatan.

Dalam politik itu boleh berlaku berbagai pendekatan termasuk blok-blok parti yang mendokong kerajaan hari ini, hanya menggunakan LOGO GRS semasa menghadapi pilihan raya itu, walaupun parti-parti itu bukan komponen.

Dengan menggunakan logo yang seragam untuk membezakan antara parti yang penyokong kerajaan Persekutuan tetapi pembangkang di peringkat negeri.

Penggunaan logo yang seragam untuk memudahkan rakyat memilih dan tidak keliru termasuk mengelak anggapan ada parti bermain di dua kolam.

Apapun pendekatan, pastikan GRS merupakan pilihan rakyat dan meneruskan pemerintahan, supaya misi Sabah Maju Jaya bukan sahaja dapat direalisasikan akan tetapi berterusan agar rakyat dan negeri terus maju jaya.

Apa yang perlu bagi pemimpin GRS jikalau berlaku perundingan agihan kerusi sebagai alternatif agar GRS tidak bertanding semua kerusi, pastikan jangan terperangkap pada parti yang mempunyai rekod tikam belakang, kerana parti yang dimaksudkan mempunyai sifat seperti melepaskan anjing tersepit.

Dalam senario politik sekarang, mahu tidak mahu perlu ada perundingan, khususnya antara parti-parti yang menjadi tulang belakang Persekutuan, dan perundingan itu perlu berasaskan pada keadaan menang-menang. Apa kah bentuk perundingan yang menuju persetujuan itu, akan diketahui selepas pembubaran DUN dan sebelum penamaan calon.

Untuk sementara, biar lah hasrat GRS bertinding 73 kerusi diapungkan, kerana asasnya jelas, parti-parti yang mendokong kerajaan negeri ini, telah membuat kenyataan awal, sokongan sehingga tamat penggal ke-16 DUN Sabah, lagi pun setakat ini, tiada lagi sebarang kenyataan untuk “memadamkan” kenyataan awal itu.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News