Home » Komposisi anggota kabinet persekutuan daripada Sabah
Politik Sudut Pandangan

Komposisi anggota kabinet persekutuan daripada Sabah

Siti Aminah Aching terpaksa mengambil cuti sakit sepanjang tiga bulan lalu selepas menjalani pembedahan dua belah lutut yang menyebabkan pergerakan terbatas. (Gambar Facebook)

NAMPAKNYA Perdana Menteri melantik anggota kabinet mewakili Sabah dalam kabinet Persekutuan berasaskan komposisi kaum daripada negeri itu.

Lapan yang dilantik itu terdiri daripada dua menteri dan 6 timbalan menteri, 5 bumiputera islam, 2 bumiputera bukan islam dan seorang kaum cina.

Mereka yang mewakili Bumiputera islam adalah Datuk Amirzan Mohd Ali (GRS), Firdaus Akhbar Khan (GRS), Datuk Mustapha Sakmud (PKR), Datuk Mohd Alamin (UMNO) dan Datuk Yusof Apdal (Warisan), bumiputra bukan islam, Datuk Ewon Benedick (UPKO) dan Datuk Arthur Kurup (PBRS) dan kaum cina Datuk Chan Fung Hin (DAP).

Mereka yang dilantik itu 5 daripada Pantai Barat, dua daripada Pantai Timur dan seorang daripada Pendalaman.

Potfolio yang disandang oleh mereka itu sangat bersesuaian dengan misi Sabah Maju Jaya. Ertiya Perdana Menteri melantik selain berpandukan pada komposisi kaum juga berasaskan kehendak dan keperluan negeri.

Jika semua mereka itu memanfaatkan tanggungjawab masing-masing akan mempunyai impak tinggi pada kemajuan dan pembangunan Sabah.

Jika ada pihak melihat perlantikan itu daripada sudut parti dirasakan tidak tepat, kerana perlantikan itu pada hakikatnya berasaskan tanggungjawab fungsional samada daripada segi tanggungjawab hakiki juga daripada segi komposisi kaum.

Jika semua pihak melihat perlantikan itu daripada sudut positif, maka menerusi perlantikkan itu tercerminnya pengwujudan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, iaitu misi utama Kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment