Home » Anggota kabinet persekutuan daripada Sabah-Kesan politik pada negeri
Politik Sudut Pandangan

Anggota kabinet persekutuan daripada Sabah-Kesan politik pada negeri

Siti Aminah (kiri) digugurkan, tiga lagi Timbalan Menteri dari Sabah bertukar portfolio


TERBUKTI hasrat Ketua Menteri Sabah untuk mengwujudkan kestabilan politik di peringkat negeri diterima baik Perdana Menteri apabila anggota kabinet daripada Sabah tidak membawa mesej politik, seperti mana berlaku pada masa lalu, apabila Perdana Menteri mencipta dua harimau di bukit yang sama, apabila melantik Datuk Shafie Apdal sebagai menteri KKLW.

Menerusi perlantikan itu, Sabah yang diberi jolokan “Fixed Deposit” Barisan Nasional goyang, apabila Umno Sabah berpecah, dan terbentuknya Parti Warisan.

Kini berpandukan kedudukan kerajaan negeri yang juga penyokong kuat pada Kerajaan Perpaduan Persekutuan, maka mereka yang dilantik menganggotai kabinet Persekutuan tidak membawa mesej mengancam kerajaan negeri daripada segi politik, kerana tiadanya elemen mencipta dua harimau di bukit yang sama.

Wakil rakyat Umno dan Warisan yang dilantik menganggotai kabinet yang mana dua parti itu mempunyai gejala pengwujudan ketidak stabilan politik diberi jawatan fungsional, kurang “politiking”, ertinya jawatan-jawatan yang diberikan pada mereka itu kurang memberi kesan di peringkat akar umbi dalam segi politiking.

Manakala anggota kabinet lain mempuyai tugas untuk mencipta sebanyak mungkin pencapaian untuk rakyat secara langsung, sebagai upaya membantu merealisasi misi kerajaan negeri untuk mencipta kemakmuran dan kesejahteraan pada rakyat.

Ertinya sokong menyokong antara kerajaan negeri dan kementerian yang terdapatnya wakil-wakil rakyat Sabah diperlukan demi rakyat dan negeri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment