Home » Elak berlaku krisis keyakinan pengundi
Politik Sudut Pandangan

Elak berlaku krisis keyakinan pengundi

Satu kelebihan GRS ianya sebuah parti yang tidak berhadapan dengan krisis keyakinan pengundi berbanding parti-parti yang bakal dihadapi. (Gambar Hiasan)

MANA-MANA parti politik jika berhadapan dengan krisis keyakinan pengundi sukar untuk bangkit semula. Apa tah lagi pemimpin parti berkenaan terpalit berbagai isu moral, jenayah dan salahlaku.

Adalah mustahil ibu ketam mengajar anak berjalan lurus, sedangkan siibupun tidak ada keupayaan berbuat demikian.

Demikian juga parti yang dipimpin pemimpin yang diragui integriti, maka sukar parti yang dipimpin mendapat sokongan.

Betul suatu masa dahulu ketia mana sesebuah parti itu masih mempunyai keyakinan pengundi, walaupun ada pemimpin terpalit isu moral tetapi pengundi menganggap sebagai isu terpencil iaitu hanya perbuatan seseorang pemimpin tidak melibatkan parti, tetapi apabila melibatkan pucuk pemimpinan, maka timbul anggapan, bahawa parti itu telah rusak.

Betul ada pemimpin yang dibebaskan dan dilepaskan kerana isu teknikal berkaitan undang-undang, akan tetapi tidak memadamkan perbuatan yang tidak berintegriti.

Soal pemimpin berintegriti bukan sahaja kita dipintas Indonesia, sedangkan pada tahun 80-an integriritas pemimpin kita jauh ke hadapan, tetapi, 40 tahun kemudian kita mengambil keadaan Indonesia 40 tahun lampau, sebaliknya negara jiran itu jauh kehadapan daripada segi integritas.

Di Indonesia pada era ini jika seseorang kenamaan dikhabarkan ingin disiasat, walaupun kertas siasatan belum dibuka, akan meletakan jawatan. Tiada orang kenamaan turut naik mahkamah bersama dengan jawatan masing-masing, melainkan hanya sebagai individu kena tuduh.

Di negara kata azimat “ tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah” adalah prinsip undang-ndang yang menekankan anggapan tidak bersalah seseorang tertuduh sehingga mereka telah dibuktikan bersalah tanpa keraguan munasabah melalui perbicaraan yang adil dan saksama.

Prinsip ini merupakan asas sistem keadilan jenayah, ia itu mencerminkan idea bahawa beban pembuktian terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kes mereka terhadap tertuduh, dan bahawa tertuduh berhak mendapat perlindungan penuh undang-undang sehingga mereka dibuktikan bersalah.

Ada lah janggal sesebuah kerajaan yang disokong orang kena tuduh, kerana jawatan kerajaan yang disandang tidak dilepaskan, kemudiannya, pihak kerajaan yang disokong cuba mebuktikan orang kena tuduh bersalah. Dalam keadaan ini, jika timbul tertuduh dibebaskan kerana pihak pendakwaan tidak meneruskan kes atau menarik pertuduhan, bukan sesuatu yang luar biasa, melainkan ianya dijangka berlaku.

Betul pemimpin yang dimaksudkan dibebaskan, akan tetapi perkara pokok yang tidak dapat dibendung bahawa parti yang dipimpin pemimpin itu berhadapan krisis keyakinan daripada pengundi, sebab itu UMNO hilang kuasa pada tahun 2018, kerana isu 1MDB dan SRC International, dan terus dirundung malang, dan dilihat sebagai parti matahari terbenam.

Di Sabah pula, Umno sudah kehilangan sokongan bukan sahaja kesan integritas pemimpin parti itu, akan tetapi, rakyat sudah memberi penilaian bahawa mereka itu hanya kemaruk kuasa untuk kepentingan diri sendiri, bukannya untuk kepentingan rakyat.

Dalam rangka bangkit semula parti itu pernah bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN16 dan PRU15 akan tetapi tidak bangkit sepenuhnya, malah menerusi peluang kedua yang diberikan pengundi, sesetengah pemimpin parti menodai mandat yang diberikan rakyat.

Kini dalam usaha parti itu bangkit semula berjinak-jinak bekerjasama dengan parti Warisan, kerana menurut perkiraan matematik mereka, kerjasama dua parti itu boleh mendapat mandat rakyat Sabah pada PRN17 Sabah yang akan datang.

Hakikatnya jika dilihat daripada segi kencenderungan rakyat Sabah pada masa sekarang, kerjasama antara Umno Sabah dan Parti Warisan sebenarnya lebih memudahkan GRS untuk merealisasikan misi parti itu RUMAH KITA, KITA YANG JAGA.

Bagi GRS sudah tersangat sedar dan bersedia, bahawa Umno Sabah dan Parti Warisan dan mungkin disertai PKDM ekoran tindakan pemimpin parti itu pada 6 Januari yang cuba menumbangkan kerajaan pilihan rakyat pada PRN16 Sabah.

Pada PRN17 GRS lebih bersedia berbanding PRN16, apa tah lagi gerakan parti itu terutama Pergerakan Wanita yang telah menjalajah seluruh kawasan untuk memberi keyakinan pada rakyat Sabah betapa mustahaknya visi RUMAH KITA, KITA JAGA, sesuai dengan perjuangan SABAH FIRST, SABAH FORWARD, SABAH PROSPER DAN SABAH UNITED.

Pejuangan GRS ini bermatlamat jangka panjang, iaitu pengwujudan KESTABILAN POLITIK, KEMAKMURAN NEGERI DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.

Satu kelebihan GRS ianya sebuah parti yang tidak berhadapan dengan krisis keyakinan pengundi berbanding parti-parti yang bakal dihadapi.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment