Home » Betapa terdesaknya Shafie dan Bung
Politik Sudut Pandangan

Betapa terdesaknya Shafie dan Bung

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan Sabah Kali ke-6 hari ini. - Foto WARISAN


SHAFIE DAN BUNG MOKTAR menanggung kekecewaan luar biasa. Shafie kecewa apabila hilang jawatan Ketua Menteri apabila ditolak rakyat. Bung pula kecewa kerana tidak berjaya jadi Ketua Menteri, selepas KUDETA yang gagal pada 6 Januari 2023.

Pada PRU14, PRN16 dan PRU15, dua pemimpin itu masih lagi tuduh menuduh, akan tetapi untuk keluar daripada kekecewaan mahu pula bekerjasama pada PRN17, kerana memperkirakan menerusi kerjasama itu boleh menang kerusi yang cukup menjadi kerajaan negeri.

Nafsu dua pemimpin ini tidak terbendungkan untuk mendapat jawatan. Oleh itu rakyat kena berhati-hati, kerana lazimnya orang yang memendam kekecewaan, apabila mendapatkan yang diidam akan “take all” seperti mana dibuktikan oleh Shafie semasa menjadi Ketua Menteri tebuk atap selama 27 bulan. Demikian juga Bung, semasa menjadi menteri Kerjaraya Sabah, kalau bukan ketegasan menteri kewangan negeri, Bung juga mahu ‘control all over dan take all”.

Betul atas kertas atau rekod Warisan dan Umno ada pengundi. Apabila undi dijumlahkan maka super majority, teori yang digunakan Umno Pusat semasa PRN2023 dan PRK Kemaman. Terbukti teori itu tidak menjadi kenyataan, kerana pengundi itu adalah manusia yang mempunyai pendirian, penilaian, dan menjadi penghalang kepada pemindahan undi (votes transferability).

Rakyat Sabah secara umumnya pada masa ini, tahu betul, kerjasama antara Shafie dan Bung adalah menggunakan rakyat untuk mendapatkan jawatan yang diidamkan.

Rakyat juga sedar, bahawa kepimpinan dua pemimin itu hanya kelihatan relevan kerana masih berstatus wakil rakyat, akan tetapi di mata pemerintahan samada Pusat atau Negeri, dua pemimin ini hanya melukut ditepi gantang.

Berpandukan pada senario politik Sabah, kerjasama Warisan dan Umno betul akan mendapat undi, akan tetapi undi yang tidak diterjemahkan menerusi kerusi, kecuali di kawasan-kawasan tertentu yang mana pengundi kawasan-kawasan itu mempunyai hubungan nostalgia dengan dua pemimpin ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 73 kerusi, memerlukan sesebuah parti atau gabungan berbagai parti menang 37/73, majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Sesuai dengan perkembangan politik Sabah jika diadakan PRN hari ini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mendapat mandat besar daripada rakyat Sabah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment