TIADA mana-mana pihak boleh menyangkal, bahawa kerajaan GRS-BN Sabah boleh merealisasikan hak-hak Sabah terutama yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan.
Cukai Jualan Minyak dan Gas (SST) berkuatkuasa era Kerajaan GRS-BN Sabah, peningkatan Geran Khas untuk Sabah naik 4 kali ganda era kerajaan GRS-BN Sabah.
Mengurus tenaga, distribusi tenaga, termasuk mengurus bekalan utliti (Sabah Electric Sdn Bhd) bakal dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan negeri, dan ianya berlaku atas usaha kerajaan GRS-BN Sabah.
Kebolehan kerajaan GRS-BN Sabah mentadbir negeri, jangan sekali dirosak, kerana hanya ada parti didalamnya berelemen parti Nasional, sedangkan parti-parti nasional tersebut merupakan jambatan kukuh/kekal antara kerajaan negeri dan pusat.
Jangan persoalkan berkaitan nama, atau panggilan atau status, apa yang bakal berlaku antara GRS-BN Sabah jika dikaitkan dengan kerajaan Persekutuan, kerana prinsip dua parti itu hanya satu, sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Pusat, demi negeri dan rakyatnya.
Mana-mana pun blok parti membentuk kerajaan Persekutuan, GRS-BN Sabah akan menggunakan autonomi yang padanya, satu kedudukan yang unik, kerana hanya satu matlamat, kerajaan Sabah memerlukan kerajaan Pusat untuk memajukan dan membangun negeri.
Para pemimpin dua blok parti itu benar-benar menyedari, tindakan lampau yang pernah berlaku, apabila kerajaan negeri tidak sebulu dengan kerajaan Pusat, kesannya amat buruk pada negeri dan rakyat.
Kesan buruk pada kemajuan negeri dan rakyatnya, memerlukan 15 tahun mengembalikan momentum pembangunan ke landasan betul, yang diatur dan disusun menerusi HALA TUJU SABAH yang dilancarkan pada tahun 2003. Sayang momentum tersebut tercacat selama 27 bulan, apabila Parti Warisan memerintah negeri, apabila pertumbuhan ekonomi negeri menjunam pada tahun 2018 ke 1.5%, sedangkan tahun sebelumnya salah satu tertinggi dalam negara iaitu 8.7%. Pertumbuhan ekonomi memburuk lagi pada tahun 2019 dan 2020 apabila menjadi negatif. Nasib baik rakyat berfikiran positif, menumbangkan kerajaan Warisan dan kemudiannya digantikan kerajaan negeri pada hari ini.
Apabila kerajaan negeri melancarkan visi kesinambungan hala tuju Sabah dengan penambahbaikan, yang dipanggil Sabah Maju Jaya (SMJ), pertumbuhan ekonomi negeri bukan sahaja menjadi positif semula, akan tetapi melakar sejarah pada tahun 2021, apabila berjaya mengutip hasil sebanyak RM5.449 bilion.
Kerajaan yang diterajui Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor dengan sokongan para pemimpin GRS-BN Sabah tidak pandang belakang lagi, terus melangkah ke hadapan, dan terbukti untuk tahun ini sahaja lebih RM10bilion pelaburan langsung masuk ke Sabah.
Aktiviti ekonomi negeri akan terus bergerak ke hadapan terutama sektor teras dalam SMJ, seperti pertanian, pelancongan, perindustrian dan pembangunan modal insan.
Melihat cara kerajaan GRS-BN Sabah mengurus negeri, pada hakikatnya, tidak mahu diganggu oleh pergolakan politik di Semenanjung, jika boleh dua blok parti politik itu ada lah kawan setia pada mana-mana blok politik yang menduduki Putrajaya.
Add Comment