Home » EPL: Manchester United berputih mata lagi
Berita Luar Negara Sukan

EPL: Manchester United berputih mata lagi

Mohammed Kudus (kiri) dicabar pemain lawan Jonny Evans ketika perlawanan EPL antara West Ham United dan Manchester United di Stadium London, London, 23 Dis 2023. (Foto AP)

WEST HAM 2 MAN UTD 0

Manchester United menempuh perayaan Krismas yang suram apabila tumpas 0-2 dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Beraksi di London Stadium, pasukan tuan rumah West Ham United terima tentangan sengit seawal babak pertama dari pasukan pelawat yang menguasai keseluruhan perlawanan. 

Skuad The Hammers perlu diberikan kredit sebenarnya kerana cemerlang untuk mematahkan setiap serangan yang dicaturkan oleh anak-anak buah pengendali The Red Devils, Erik Ten Hag, hingga memasuki ke bilik persalinan.

Sekembalinya pada babak kedua, The Hammers pula mengatur strategi terbaik dan hasilnya pada minit ke-72 pasukan tuan rumah berjaya memperoleh gol awal melalui penyerang sensasi mereka, Jared Bowen.

Tidak cukup dengan itu, selang enam minit kemudian The Hammers datang lagi untuk terus menghukum Man United dengan gol kedua daripada Mohammed Kudus yang gagal diselamatkan oleh Andre’ Onana.

Kedudukan 2-0 ini kekal sehingga wisel penamat dan ini membuktikan kekalahan 1-5 mereka di tangan Liverpool dalam saingan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL), dua hari lalu, tidak mematahkan semangat untuk mereka dapatkan tiga mata penuh.

AWANI

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment