Home » Senario Politik Sabah
Politik Sudut Pandangan

Senario Politik Sabah

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru anjuran STAR dan PBS yang turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah YABhg Tun Datuk Seri Panglima Dr Hj Juhar Marhiruddin dan pimpinan tertinggi GRS.

KINI giliran pemimpin politik berasaskan KDMR untuk bersatu, selepas berpecah sejak tahun 1994. Manakala pemimpin politik bumiputera islam pula, mengambil kedudukan keadaan tahun 1994 apa yang telah berlaku pada pemimpin KDMR.

Laporan akan berlakunya kerjasama Umno Sabah khususnya kumpulan Datuk Bung Moktar Radin dengan Parti Warisan, adalah bibit berpecahnya pemimpin bumiputera islam.


Di lain pihak pula adanya Parti Gagasan Rakyat, yang dipimpin oleh majoriti pemimpin bumiputera islam.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan Sabah Kali ke-6 hari ini. – Foto WARISAN

Walaupun dalam parti-parti KDMR ada PKDM, yang bersifat sebagai parti pengganggu pada kesatuan parti-parti KDMR, akan tetapi gangguan itu bersifat setempat, mengikut pemimpin tertentu seperti di Bandau, Limbahau dan Melalap , tidak menyeluruh.

Parti KDMR yang bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mempunyai kelebihan pada PRN17 Sabah, ertinya, sebahagian besar calon-calon akan menang besar, manakala parti seperti Gagasan Rakyat akan menang di kawasan-kawasan yang ditandingi berasaskan First Past The Post (FPTP) ertinya kemenangan bukan undi popular, kecuali di kawasan-kawasan tertentu seperti Sulaman, Karanaan, Membakut, Kawang, Apas, Klias dan Nabawan.

Jika sekiranya GRS memutuskan untuk bertanding 73 kawasan DUN, maka akan berlaku free contest antara berbagai parti. keputusannya Secara umumnya, daripada 73 kawasan DUN sekurang-kurangnya 8 kawasan DUN majoriti bumiputera islam dan 7 kawasan kaum cina sukar dimenangi GRS . Ertinya di atas kertas GRS boleh menang 55/73 satu kemenangan kuasa 2/3.

Dalam senario politik sekarang, di antara parti yang bakal mengambil bahagian dalam PRN17, adalah dilihat, era kini, adalah era Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor. Ertinya parti yang dipimpin beliau lebih mendapat kepercayaan daripada rakyat.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Era pemimpin lain dianggap tidak lagi menjadi pilihan rakyat, walaupun parti yang mereka pimpin boleh menang di kawasan-kawasan tertentu kerana isu nostaligia dan setempat. Oleh kerana parti yang mereka pimpin tidak mendapat kerusi yang mencukupi, maka mereka kekal menduduki barisan pembangkang di DUN Sabah.

Adalah rekod bagi DUN Sabah sejak merdeka, tiada rekod kosong pembangkang, melainkan ada sahaja parti yang menang kerusi mewakili pembangkang.

Percaturan berbagai parti melawan GRS, tidak akan ke mana, atas sebab, rakyat Sabah pada era ini, sudah cenderung pada gabungan berbagai parti tempatan tersebut. Gabungan yang mempunyai visi kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan menerusi pendekatan SABAH FIRST, SABAH FORWARD, SABAH PROSPER DAN SABAH UNITED demi SAYANGI SABAH. Lagi pun Gabungan mengajak dan membawa rakyat Sabah dalam satu rumah, RUMAH KITA, KITA YANG JAGA.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick tidak menolak kemungkinan parti itu menjadi sebahagian daripada penyatuan besar parti tempatan di negeri ini.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News