Home » Ada Undang-Undang Anti Lompat, sokongan 2/3- Mengapa timbul kerajaan tebuk atap?
Politik Sudut Pandangan

Ada Undang-Undang Anti Lompat, sokongan 2/3- Mengapa timbul kerajaan tebuk atap?

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menegaskan pendirian GRS fokus membangunkan ekonomi untuk rakyat, bukan kerajaan ‘tebuk atap’ .

JIKA dakwaan datangnya daripada pembangkang, bahawa akan berlaku perubahan kerajaan, ianya perkara biasa, kerana setiap pembangkang berhasrat juga menjadi kerajaan.

Sebelum ini, apabila pembangkang berkata soal perubahan kerajaan, maka ianya tentu berlaku selepas pilihan raya umum, namun, apabila Umno/BN mengubah pendekatan, bahawa perubahan kerajaan tidak semestinya berlaku semasa pilihan raya, maka perbuatan itu, telah menjadi penyakit berjangkit.

Apabila perubahan kerajaan menjadi penyakit berjangkit, maka kerajaan yang mempunyai sokongan 2/3 dibantu pula dengan undang-undang anti bertukar parti, akan tetapi masih merasa dibayangi dengan penyakit, kerajaan tebuk atap.

Umno/BN tidak boleh menafikan, bahawa perbuatan menukar kerajaan diluar pilihan raya ada lah produk parti itu.

Sabah adalah negeri pertama dijadikan eksperimen mengubah kerajaan di luar pilihan raya, kemudiannya berjangkit di Perak, seterusnya berjangkit di Melaka, Johor dan Kedah.

Hanya negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Sarawak belum terjangkit perubahan kerajaan di luar pilihan raya.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama dua orang Timbalannya memberi isyarat tanda bagus.

Adalah pelik, kerajaan yang mempunyai sokongan 150/222 ahli parlimen masih merasa dibayangi kerajaan tebuk atap? Kerana bayangan itu, seorang pemimpin Sabah iaitu Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pernah mengatakan bahawa janganlah terpengaruh perkara remeh seperti kerajaan tebuk atap, kerana ianya tidak akan berlaku, atas sebab semua parti yang menyokong kerajaan telah sepakat akan kekal menyokong sehingga tamat penggal.

Apabila di pihak kerajaan ada yang merasakan bahawa akan berlaku perubahan kerana tindakan tebuk atap, maka dengan sendirinya menaruh curiga atau masih timbul ketidak percayaan pada parti-parti yang menyokong.

Sabah ada lah negeri pertama selepas PRU15 cuba dijadikan negeri pertama berubah menerusi kerajaan tebuk atap, ironinya, biang keroknya masih juga Umno, pun demikian kerajaan negeri hari ini merasa yakin, bahawa kerajaan akan terus kekal sehingga tamat penggal.

Kerana keyakinan itu, kerajaan negeri terus mengatur langkah ke hadapan memnfaatkan baki masa 2 tahun untuk memajukan dan membangun negeri sesuai dengan hala tuju- SABAH MAJU JAYA.

Percaya lah selagi tindakan mengubah kerajaan di luar pilihan raya tiada elemen Umno, maka tindakan itu tidak akan menjadi kenyataan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment