Home » MA63: Dilema 40% hak Sabah
Politik Sudut Pandangan

MA63: Dilema 40% hak Sabah

Ketua Menteri Hajiji (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri I (tengah), Dr Jeffrey dan Timbalan Ketua Menteri II (kiri) Dr Joachim memberi isyarat tanda bagus kepada media. Hajiji telah menunjukkan kepimpinan politik sebenar apabila memperkenalkan halatuju Sabah Maju Jaya sebagai landasan memajukan dan membangun negeri.

Selama ini tiada dilapor atau declare berapa jumlah kutipan cukai yang dikutip dari negeri Sabah setiap tahun.

Perkara ini berlanjutan sudah berberapa tahun sejak Sabah menyertai pembentukan Malaysia.

Nilai mungkin sudah ratusan billion atau cecah trilion ringgit.

Selagi belum dideclare berapa jumlah cukai selama ini, kita tidak tahu berapa banyak 2/5 atau 40% itu.

Kita tidak pasti kenapa kerajaan Persekutuan merahsiakan jumlah cukai tersebut dari dulu hingga sekarang.

Memang kerajaan pusat ada buat bayaran tapi dalam bentuk pemberian khas, mula – mula rendah dan semakin meningkat dari RM25juta, RM125 juta sehingga sekarang RM300juta setahun.

Setahu saya dan saya bagi pandangan kita tidak berpuashati dengan RM300 juta. Kita mahu tau berapa amaun sebenar setiap tahun dan yang terkumpul.

Bayaran RM300 juta ditafsir sebagai bayaran khas interim sebelum amaun tepat diperolehi.

Walaupun ada amaun. Mungkin lebih satu trilion, tetapi kerajaan pusat tidak mampu buat bayaran bullet atau sekali gus sekarang memandangkan hutang negara juga sudah cecah RM 1.5 trillion.

Sekarang apa pilihan?Daripada tiada bayaran, kita terima dulu pemberian khas RM300juta sementara
penyelesaian penuh. Tapi hak kita tetap hak dan hutang perlu bayar.

*Dr Yusof Yacob merupakan ADUN Sindumin dari  Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau juga merupakan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Sindumin.
** Artikel ini adalah berdasarkan pandangan beliau yang ditulis pada 17 Disember 2023.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment