Home » Langkah Sheraton betul menjadi-tidak semestinya berulang
Politik Sudut Pandangan

Langkah Sheraton betul menjadi-tidak semestinya berulang

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang pertama kali diadakan dihadiri oleh ahli-ahli parti gabungannya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, 14 Mei, 2023.

LANGKAH Sheraton adalah langkah ke-4 sebuah kerajaan dipilih menerusi pilihan raya ditumbangkan.

Langkah pertama berlaku pada tahun 1994 di Sabah, kedua tahun 2009 di Perak, ketiga tahun 2018 Sabah. Selepas itu perubahan kerajaan kerana kesan penjajaran semula, seperti mana berlaku di Melaka, Johor dan Kedah.

Mungkin kerana kejayaan mengubah kerajaan diluar pilihan raya pernah berlaku, maka pada tahun 2008 ada cubaan untuk menumbangkan kerajaan, apabila satu kenyataan daripada Ketua Pembangkang masa itu, “we have the numbers” “and 16 September 2008 the golden day”, faktanya tidak pernah terealisasi.

Berbeza dengan Langkah Sheraton, kerana langkah itu bukan gerakan pihak yang ingin berkuasa, akan tetapi gerakan oleh mereka yang sebahagian kerajaan menumbangkan kerajaan sendiri. pihak pembangkang hanya dijemput untuk mencukupkan kurom untuk menubuhkan kerajaan, walaupun “in between” pemimpin yang menjemput digulingkan oleh sebahagian yang dijemput.

Memang betul hasrat Perikatan Nasional (PN) ingin membentuk kerajaan selepas PRU15, apabila disokong 115/222, akan tetapi tindakan 10 MP BN yang mengubah pendirian pada pusingan ke-3 pemilihan PMX menyebabkan usaha itu gagal.

Apabila 10 MP BN mengubah pendirian, dua blok parti yang terperangkap iaitu, GPS dan GRS. Kerana terperangkap, maka dua blok parti ini menyerahkan pada Yang DiPertuan Agong, mana-mana parti yang boleh membentuk kerajaan dengan sokongan dua blok parti itu, maka akur menyokong parti itu.

Apabila PH dan BN bergabung, maka mempunyai cukup majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dan YDP Agong memberi perkenaan. Kerana perkenaan itu, maka GPS dan GRS menyatakan pendirian menyokong sehingga tamat penggal.

Apabila ada pihak yang menyokong kerajaan termasuk daripada BN yang menarik sokongan semasa pemilihan PMX, jika benar terlibat dengan langkah-langkah menumbangkan kerajaan, kemudian mengharapkan sokongan GPS dan GRS, adalah perbuatan sia-sia, kerana jelas, samada GPS dan GRS tidak akan sanggup bersengkokol dengan mereka yang menjadikan dua blok parti itu serba salah atau terperangkap semasa pemilihan PMX.

Pemimpin GPS dan GRS bukan lah para pemimpin yang kemaruk kuasa, melainkan menyokong mana-mana parti yang boleh mengwujudkan kestabilan politik.

Terbukti apabila akur dengan titah YDP Agong terbentuk kerajaan yang stabil dan kukuh dan kini mempunyai kuasa 2/3, iaitu 150/222 ahli parlimen.

Tindakan 10 MP BN yang menyebabkan GPS dan GRS terperangkap, ada lah satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan oleh dua blok parti itu.

Atas sebab itu, jika wujud langkah Dubai, hakikatnya langkah itu, hanya langkah fantasi atau istilah Datuk Ahmad Maslan hanya fatamorgana.

Tiada yang percaya bahawa langkah Dubai pernah wujud, kecuali mereka yang terperangkap dengan bayang-bayang sendiri.

Mereka yang percaya bahawa ada gerakaan menumbangkan kerajaan, adalah satu usaha “discredit” GPS dan GRS, kerana hanya menerusi sokongan dua blok parti ini, gerakan itu boleh berjaya.

Pemimpin GPS dan GRS adalah mereka yang matang berpolitik, seperti mana kenyataan Premier Sarawak, GPS bukan paloi, yang membawa erti, kerana kamulah merujuk pada 10 MP BN itu, kami terperangkap.

Apa yang jelas GPS dan GRS akan terus menyokong kerajaan Perpaduan. Jika ada gerakan menumbangkannya, jangan sesekali kaitkan dua blok parti borneo itu.

GPS dan GRS mengharapkan sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh, kerana menerusinya, negeri yang dipimpin iaitu Sarawak dan Sabah boleh terus memacu, memajukan, membangunkan perekonomian negeri untuk membela rakyat negeri masing-masing.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News