Home » Kerajaan mana yang gagal sebenarnya ?
Politik Sudut Pandangan

Kerajaan mana yang gagal sebenarnya ?

Pagi hari ini (kelmarin), sidang DUN Khas diadakah bagi meluluskan 3 Rang Undang-Undang (RUU) iaitu:

A. RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (pindaan) 2024
B. RUU Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah 2024
C. RUU Bekalan Eletrik 2024.

Ketiga-tiga RUU ini bertujuan bagi membolehkan Kerajaan Sabah mengambil semula Kuasa Kawal Selia Bekalan Elektrik di Sabah selaras dengan MA63. Sebelum ini, kuasa tersebut adalah dibawah Kerajaan Persekutuan.

Dalam perbahasan usul ini, kebanyakan ADUN-ADUN yang telah mengambil bahagian memberi input positif. Cuma sidang DUN Sabah hari ini dicemari oleh pertuduhan daripada dua ADUN dari Parti Warisan.

Hajiji (kanan) menjelaskan isu surcaj tarif elektrik pada Persidangan Khas DUN Sabah kelmarin.

Terdahulu, ADUN Tg. Aru, YB Datuk Junz Wong, telah membuat pelbagai tuduhan negatif kpd CEO SESB. YAB Ketua Menteri Sabah semasa menjawap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN menyatakan bahawa adalah tidak adil.menuduh CEO SESB dengan pelbagai tuduhan negatif disebabkan CEO SESB tidak dapat membela dirinya ke atas semua pertuduhan YB Tg. Aru di DUN Sabah. (Mohin maklum bahawa CEO SESB bukanlah ADUN Sabah atau boleh diwakili oleh mana-mana Kementeian dalam negeri Sabah sebab SESB adalah syarikat milik TNB (GLC Persekutuan).

Selepas itu, ADUN SRI TANJUNG Warisan agak keterlaluan menuduh kerajaan GRS gagal memerintah Sabah hanya kerana alasan bahawa kerajaan Sabah tidak membantah kenaikan tariff eletrik.

ADUN Sri Tanjung Warisan gagal memahami bahawa kenaikan tariff hanya untuk penguna eletrik yang melebihi pengunaan 1500 unit kWj @ RM700 harga semasa. Bagi yang lebih daripada 1500 Unit KWj @ RM700 barulah dikenakan surcaj sebanyak 7.2 sen seunit.

Untuk makluman pembaca, cara Kerajaan GRS menangani harga eletrik yang sesuai dikenakan kpd penguna di negeri Sabah ialah melalui KAEDAH MENGAMBIL ALIH kuasa Selia Bekalan Elektrik Sabah seperti 3 RUU yang dinyatakan di atas (klaus 1) yang telah berjaya diluluskan di DUN Sabah hari ini (kelmarin). Cara ini tidak perlu lagi kita menyalak membantah yg entah diperdulikah atau tidak. Kalau kita berkuasa maka kita boleh kawal.selia tanpa perlu membantah..Kaedah ini lebih baik daripada Kaedah seranan Warisan melalui ADUN Seri Tanjung iaitu mengunakan Kaedah membantah.

Mengambil kira perbadingandua kaedah ini, jadi siapa sebenarnya gagal? Kerajaan Warisan perintah Sabah 26 bulan tapi tidak ambil alih kuasa eletrik. Kini ADUN mereka mendesak untuk mengunakan kaedah membantah pula. Memang tiada potongan jadi YBlah ini ADUN Sri Tanjung.

KESIMPULANNYA IALAH KERAJAAN GRS BERJAYA MENGAMBIL ALIH KUASA KAWAL.SELIA BEKALAN ELEKTRIK SABAH SPT DALAM.MA63. KERAJAAN GRS BUKAN SEKADAR BERCAKAP TAPI BERUSAHA MENUNAIKANNYA SEPERTI YANG TERBUKTI DI DUN SABAH HARI INI (kelmarin)

*Datuk Arthur Sen ialah Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)
** Artikel ini berdasarkan kenyataan Facebook beliau
.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment