Home » Apabila wakil Sri Tanjung tidak faham sidang khas
Politik Sudut Pandangan

Apabila wakil Sri Tanjung tidak faham sidang khas

Perbahasan yang disampaikan oleh ADUN Sri Tanjung membuat dakwaan membuta tuli, tiada kait mengait dengan RUU, selain dakwaan politik yang mengarut.

BETUL ahli dewan undangan negeri (ADUN) terbuka menyertai sebarang perbahasan akan tetapi perlu mematahui peraturan dan dalam ruang lingkup RUU yang dibentangkan.

Apabila mengambil bahagian untuk membahas RUU yang dibentang, intipati bukan berkaitan RUU yang dibentangkan akan tetapi berkaitan perkara-perkara diluar konteks RUU itu, sewajarnya selepas ditegur speaker dan mengulanginya lagi, maka ADUN itu perlu diberhentikan daripada mengambil bahagian membahas RUU itu dan jika berdegil maka perlu diminta meninggalkan tempat duduk.

Perbuatan ADUN Sri Tanjung Justin Wong Yung Bin daripada Warisan semasa mengambil bahagian perbahasan dalam Sidang Khas DUN Sabah yang bertujuan meluluskan tiga RUU iaitu, RUU Bekalan Elektrik 2024, Tenaga Boleh Baharu 2024 dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, bukan sahaja tidak memahami maksud sidang khas juga tidak faham apa tujuan tiga RUU pada Negeri Sabah dalam soal kawalselia atau tatakelola tenaga.

Bahasan ADUN Sri Tanjung membuat dakwaan membuta tuli, tiada kait mengait dengan RUU, selain dakwaan politik yang mengarut (sepatutnya tidak dibenarkan diujahkan dalam dewan), sewajarnya dihentikan serta merta oleh Speaker, akan tetapi, tindakan Speaker tidak begitu tegas, sehingga mendapat reaksi segera dariada Ketua Menteri, untuk mengingatkan ADUN itu jangan berdolak dalik dalam dewan yang mulia.

Kalau lah ADUN Sri Tanjung rajin sedikit dan cuba faham tujuan RUU yang dibentangkan, tentunya tidak akan bercakap apa yang dicakapkan, khususnya berkaitan Imbalance Cost Pass Through (ICPT) di Semenanjung, kerana ianya tidak kena mengena lagi dengan SESB selepas kawalselia tenaga diletakan di bawah kuasa penuh kerajaan negeri.

Kerajaan negeri menentukan mekanisme samada berkaitan tarif atau surcharge lainnya, ertinya isu BANTAH yang ditegaskan ADUN Sri Tanjung itu berkaitan ICPT tidak relevan dengan SESB lagi selepas syarikat utilti itu terletak di bawah kawalselia kerajaan negeri.

Oleh kerana kegagalan ADUN Sri Tanjung itu memahami maksud RUU dan kawalselia tenaga, maka hujah beliau bukan sahaja keluar tajuk akan tetapi kedengaran bodoh, dan mencemarkan kemuliaan DUN.

Ada lah cukup tepat bagi Ketua Menteri memberi teguran pada ADUN yang menyalahgunakan kebebasan bercakap dan menjadikan DUN sebagai platform berpolitik, memfitnah dan hujah berunsur menghasut, sebagai pengajaran pada ADUN-ADUN lain.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment