Home » Langkah Dubai, satu fantasi
Politik Sudut Pandangan

Langkah Dubai, satu fantasi

Mengapa memerlukan tempat yang sungguh jauh daripada Pusat Kuasa Putrajaya seprti Dubai untuk menggerakkan langkah masuk ke pusat kuasa?

TIDAK difahami apa matlamat mereka yang mencipta langkah fantasi seperti langkah Dubai. Sebelum ini juga dikatakan ada langkah London.

Mengapa memerlukan tempat yang sungguh jauh daripada Pusat Kuasa Putrajaya menggerakkan langkah untuk masuk ke pusat kuasa?

Kalau memang benar ada langkah itu, iaitu kumpulan yang mempunyai 112/222 ahli parlimen tidak perlu jauh-jauh, sebaliknya sekitar ibu negara memadai, selain berdekatan pusat kuasa, juga berdekatan dengan Istana, berdekatan dengan mahkamah yang boleh mengsahkan sebarang surat akuan.

Ada lah tidak masuk akal sesebuah kerajaan yang mempunyai sokongan 150/222 boleh tumbang, sedangkan yang dikatakan menumbangkan adalah parti yang dikhianati oleh 10 ahli parlimen semasa pemilihan PMX.

Kerana tindakan 10 ahli parlimen tersebut, dua blok parti iaitu GPS dan GRS terperangkap, sehinggakan dua blok parti itu menyerahkan kepada Yang DiPertuan Agong, mana-mana parti menurut hemat baginda apabila mendapat sokongan dua blok itu dapat menubuhkan kerajaan, maka akur dengan keputusan itu.

Sebagai catitan, semasa PRU15, Pakatan Harapan (PH) adalah lawan utama Barisan Nasional (BN), GPS, GRS dan Perikatan Nasional (PN).

Apabila keputusan PRU itu diketahui tiada mana-mana blok mendapat majoriti mudah, akan tetapi PN, GPS, GRS dan 10 ahli Parlimen BN menyatakan sokongan pada Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon PMX.

Ekoran sokongan itu, maka dipersembahkan pada Istana 115/222 surat akuan bersumpah menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin, malangnya pada pusingan ke-3 pemilihan PMX, 10 MP BN itu menarik sokongan, dan gagallah Muhiyiddin mendapat sokongan mudah.

Betul apabila ada ahli parlimen memanfaatkan kelompangan Undang-Undang Anti Lompat yang kini sebahagian Perlembagaan negera, dengan menyatakan sokongan pada parti lawan, akan tetapi kekal dengan parti sendiri.

Kerana kebimbangan itu, maka pihak-pihak yang takut bayang-bayang dalam kerajaan, cuba mengerakkan berbagai helah untuk kelihatan lebih relevan, secara tidak langsung cuba membangun ketidak keyakinan pada dua blok parti Borneo, iaitu GPS dan GRS, kerana dua blok parti ini boleh “triger” perubahan kerajaan.

Apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui “tahu” MP-MP yang terlibat menumbangkan kerajaan tentunya melibatkan para MP Umno. MP Umno hanya 26, siapa kah mereka itu? Zahid tidak boleh merujuk MP PH, kerana mereka itu tidak tergoyangkan.

Manakala kedudukan GPS dan GRS, Zahid tidak boleh mempersoalkan komitmen, kerana jelas daripada awal-awal lagi, para pemimpin dua blok parti itu telah membuat ketetapan menyokong kerajaan sehingga tamat penggal, tiada keraguan mengenainya. Lagi pun para MP dua blok parti itu tidak kemaruk kuasa, kerana matlamat jelas, sokongan dua blok parti itu untuk mengujudkan kerajaan yang kukuh dan stabil.


Hentikan tindakan fantasi, kerana ianya tidak membawa manfaat pada rakyat dan negara. Manakala PN dengan sejumlah MP yang tidak akan cukup-cukup mengambil alih kerajaan di luar pilihan raya, adalah biasa apabila mengeluarkan berbagai provokasi dapat mengambil alih kerajaan, tetapi kuncinya bila? Jawapannya tunggu sehingga PRU akan datang, seperti mana berlaku di pihak pembangkang masa lalu, bermula daripada selepas PRU 2008, hanya berjaya 10 tahun kemudian.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment