Home » PRN17 Sabah sudah terasa bahangnya
Politik Sudut Pandangan

PRN17 Sabah sudah terasa bahangnya

Berdepan PRN-17, kekuatan gabungan seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu dicerminkan oleh kekuatan semua parti komponen secara enblok dan insklusif, untuk memastikan setiap ahli dan penyokong hanya memangkah calon GRS.

WALAUPUN pada suku ketiga tahun 2025 tamatnya penggal ke-16 DUN Sabah, akan tetapi tidak menghalang ramai yang menduga bahawa PRN itu akan diawalkan, dan akan berlangsung pada tahun ini.

Semua parti dikatakan telah bersedia menghadapi PRN itu, atas sebab itu, TIDAK melayan sebarang langkah mengubah kerajaan Persekutuan diluar pilihan raya.

Dun Sabah mempunyai 73 kerusi, dan mana-mana parti atau blok parti memerlukan 37/73 untuk membentuk kerajaan.

Selepas PRU14 tahun 2018, agar sukar meramalkan mana-mana parti mendapat mandat rakyat, kerana telah berlaku perubahan yang amat ketara pada komposisi pengundi kerana pengelibatan pengundi automatik atau kali pertama mengundi dan undi18.

Pada PRN17 dianggarkan melibatkan 2 juta pengundi, 20 peratus daripadanya ada lah kategori kali pertama menundi dan undi18. Kesan pengelibatan golongan ini menyebabkan tiada kepastian bagi mana-mana parti selamat di kawasan yang biasanya selamat bagi parti-parti itu pada masa lalu.

Pun demikian, parti-parti seperti Gagasan Rakyat, walaupun setahun jagung akan tetapi telah menyusun berbagai strategi mendekati kumpulan pengundi baharu ini selain mengukuhkan pengundi tradisi.

Gagasan Rakyat dibawah kepimpinan Presiden itu yang juga Ketua Menteri kali pertama diuji menerusi pilihan raya pada PRN17 Sabah.

Gagasan Rakyat yang bertanding menggunakan LOGO Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama-sama komponen lain, akan bertanding di kawasan-kawasan yang biasa ditandingi Umno dan sebahagian besar kawasan yang ditandingi Parti Warisan.

Tidak dinafikan, diantara 7 parti komponen GRS, Gagasan Rakyat akan diberikan kerusi yang lebih banyak atas sebab parti itu dilihat mempunyai peluang untuk menyumbang kerusi di kawasan-kawasan yang ditandingi.

Selain itu pendekatan mengekalkan status quo, iaitu kawasan yang disandang sebelum pembubaran DUN juga menyumbang agihan kerusi lebih banyak pada parti komponen terbaharu GRS itu.

Akan teruji nanti, apa kah rakyat Sabah menerima konsep RUMAH KITA, KITA YANG JAGA yang menjadi perjuangan Gagasan Rakyat dan GRS.

Samada Gagasan Rakyat atau pun GRS ingin membawa rakyat Sabah untuk mengujudkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, menerusi Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United Demi Sayangi Sabah apa kah menerima sambutan rakyat secara menyeluruh.

Jika rakyat Sabah secara umumnya mahu diwakili parti yang benar-benar mengutamakan rakyat dan negeri, maka pilihan tentunya parti GRS, kerana selama 3 tahun menerajui kerajaan negeri telah memperlihatkan komitmen yang tidak boleh dipertikai.

Berbagai pencapaian telah dalam tempoh 3 tahun baik dalam segi ekonomi, pemulangan hak-hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain penuruan kuasa kepentingan Persekutuan di Sabah kepada Kerajaan Negeri.

Menerusi teraju kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor besama kabinet beliau telah melakar kejayaan sangat luar biasa, dan sewajarnya disambut rakyat Sabah dengan memberi mandat besar pada PRN17 akan datang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News