Home » Ketua Menteri terima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi
Berita Tempatan Politik

Ketua Menteri terima kunjungan hormat Menteri Pendidikan Tinggi

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir semasa menerima kunjungan beliau di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Isnin.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Ini merupakan kunjungan pertama Zambry selepas menyandang jawatan baharu itu.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri Luar Negeri.

Kunjungan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan sektor pendidikan tinggi di negeri ini.

Hajiji mahu Kementerian Pendidikan Tinggi memberi keutamaan kepada Sabah khususnya dalam usaha menambah dan meningkatkan lagi infrastruktur pendidikan tinggi di negeri ini.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Mohamad Azhan Md. Amir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kasim Haji Mansor.

— TAMAT