Home » Perkasakan Gagasan Rakyat
Politik Sudut Pandangan

Perkasakan Gagasan Rakyat

YB Datuk Dr Yusof Yacob merupakan ADUN Sindumin daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau juga merupakan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Sindumin.

Saya ingin memberikan sedikit pandangan, cadangan dan saranan kepada semua pimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah di peringkat bahagian serta akar umbi.

Kita semua haruslah sederap dalam menyokong Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dengan terus bekerja kuat dan bersemangat untuk memantapkan Gagasan Rakyat di Bahagian masing masing.

Mulai dari sekarang kita semua kena bina momentum kekuatan di kawasan masing masing dari awal tahun 2024 sehingga selesai Pilihanraya Negeri nanti .

Ini bukan mengajar tapi sekadar berkongsi pengalaman.

Kita mesti fokus untuk mantapkan beberapa perkara seperti berikut :

  1. Kawasan yang diwakili ADUN PGRS.
  2. Kawasan Pembangkang yang berpotensi untuk diletakkan calon PGRS.
  3. Kawasan DUN yang diwakili parti parti komponen dalam GRS .

Insyallah, Sindumin sedang dalam progress dan Bahagian Sindumin siap siaga menuju pilihanraya.

Bukan juga mengajar atau menunjuk nunjuk tetapi sekadar menulis dan berkongsi masa terluang.

Saya juga mahu kongsikan mana mana yang bersesuaian dengan Bahagian masing masing.

Kita perlu ada rangkaian kerjasama dan koordinasi program dengan beberapa agensi:

  1. Aktiviti anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah sendiri. Melibatkan
    Aktiviti di peringkat Bahagian dan aktiviti ketiga tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Beliawanis.
  2. Aktiviti bersama Parti Komponan GRS dan PH.
  3. ⁠Aktiviti Bersama Mahkamah Anak Negeri MAN.
  4. ⁠Aktiviti Bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat UPPM.
  5. ⁠Aktiviti Bersama semua NGO di Kawasan masing masing.
  6. ⁠Rapatkan kerjasama dengan Pejabat Daerah.
  7. ⁠Rapatkan kerjasama dengan Majlis Daerah.
  8. ⁠Kerjasama dengan Jabatan Kerajaan strategik seperti JKR, Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan, Polis dan Bomba.

Bagi kawasan yang diwakili ADUN GAGASAN RAKYAT ,saya cadangkan kita aktifkan Aktiviti aktiviti dan program program bertemu rakyat secara berkala melalui Pusat Khidmat ADUN masing masing.

Memang bukan mudah tapi kita mesti buat. Agar parti ini akan sentiasan relevan dan disayangi rakyat.

Selamat bertugas.

*YB Datuk Dr Yusof Yacob merupakan ADUN Sindumin daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau juga merupakan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Sindumin.
** Artikel ini adalah berdasarkan penulisan beliau.