Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengkreditkan insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55.
Insentif ini diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
“Insentif caruman RM500 one-off ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur pesaraan untuk terus menyimpan serta mengukuhkan pengumpulan simpanan pesaraan mereka”, kata KWSP dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Tambah dana persaraan itu, insentif ini juga sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan simpanan dan menyumbang kepada matlamat yang lebih luas untuk membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.
— AWANI
Add Comment