Home » Hajiji menziarahi bekas Pengarah Program RTM Sabah
Berita Tempatan Politik

Hajiji menziarahi bekas Pengarah Program RTM Sabah

MESRA: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (kanan) bersama Wilfred ketika dalam pertemuan itu.

PENAMPANG: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor meluangkan masa untuk melawat bekas Pengarah Program RTM Sabah merangkap Timbalan Pengarah, Wilfred Mojilis di kediamannya di Kampung Kobusak semalam.

Mojilis, 85 bersama-sama dengan mendiang Datuk Fred Sinidol adalah pengasas yang menubuhkan Bahagian Kadazan RTM untuk mempromosikan dan melestarikan penggunaan bahasa Kadazan melalui siaran radio pada tahun 1960-an.

Wilfred juga seorang penyanyi dan penulis lagu berbakat telah mencipta hampir 100 buah lagu Kadazan.

Antaranya bertajuk Sugali Sunsugali, lagu Kadazan pertama yang disiarkan di RTM. Sebagai penghargaan, anak-anaknya yang juga berbakat telah mempopularkan lagu-lagu beliau yang lain seperti Nokoikot Noh Ih Monumbuhui dan Nuhu Nabahu.

Hajiji bekerja dibawah pimpinan Wilfred semasa beliau menjadi pengacara radio selama setahun pada tahun 1976.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment