Penduduk Palestin yang cedera dalam serangan udara Israel tiba di hospital Nasser di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, Jumaat, 22 Dis 2023. -Gambar fail/AP
ISTANBUL: Seramai 85 lagi pesakit di Semenanjung Gaza dipindahkan dari Mesir ke Turki untuk menerima rawatan, kata Menteri Kesihatannya Fahrettin Koca.
Dua pesawat yang membawa pesakit dan pengiring mereka mendarat di Ankara pada Khamis malam, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Seramai 85 pesakit dari Gaza di Mesir kini dalam perjalanan ke Turki.
“Mereka diiringi sekumpulan 106 pengiring dan pesakit akan menerima rawatan perubatan di negara kita,” menurut catatan Koca di platform media sosial X.
Negara itu telah menerima 292 pesakit dari Gaza sejak serangan dahsyat Israel ke atas wilayah Palestin bermula tahun lepas.
— BERNAMA
— AWANI
Add Comment