Home » Tahun lalu kutipan hasil Sabah naik RM11juta ke RM6.971 Billion
Politik Sudut Pandangan

Tahun lalu kutipan hasil Sabah naik RM11juta ke RM6.971 Billion

Perekonomian Sabah dilandasan betul sepertimana digariskan menerusi HALATUJU SABAH MAJU JAYA. (Gambar Hiasan)

PENURUNAN harga minyak mentah (CO)dan minyak mentah kelapa sawit (CPO) telah menyebabkan kutipan hasil cukai daripada dua komoditi itu berkurang RM566.3juta berbanding tahun 2022 pun demikian sumbangan kutipan hasil cukai daripada sumber lain memberi sumbangan peningkatan kutipan hasil negeri kepada RM6.971bilion meningkat RM11juta berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM6.96bilion.

Sekali lagi kutipan hasil pada tahun lalu merupakan rekod baharu.

Memang diakui 68 peratus daripada kutipan hasil negeri berpunca daripada minyak mentah dan minyak kelapa sawit mentah, akan tetapi sumbangan 32 peratus diluar dua komoditi itu bukan sahaja menolak dakwaan pemimpin Parti Warisan bahawa hasil negeri tidak menganekaragam.

Di masa hadapan kutipan hasil cukai daripada non CO dan CPO dijangka mengalami peningkatan hasil keluaran industri seperti kerajaan tembaga dan kaca. Selain itu, cukai-cukai daripada sumber lain dijangka menambah kutipan hasil negeri antara lain daripada loji klinker atau semen, tenaga boleh diperbaharui serta keluaran lain yang sedang dilaksanakan.

Betul lah kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bahawa perekonomian Sabah dilandasan betul sepertimana digariskan menerusi HALATUJU SABAH MAJU JAYA.

Keputusan rakyat Sabah memberi mandat pada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN16 Sabah adalah tepat, kerana jika rakyat tersilap pada PRN itu, tentu pencapaian negeri tidak seperti hari ini.

Cuba bayangkan semasa kerajaan Parti Warisan mengambil alih kerajaan negeri telah mewarisi pertumbuhan ekonomi positif di atas 8 peratus, akan tetapi pada tahun pertama sebagai kerajaan pertumbuhan ekonomi negeri menjunam ke paras 1.5 peratus, tahun berikutnya pada tahap 0.5 peratus dan tahun ke tiga NEGATIF 9.2 peratus.

Berpandukan pada kemusnahan ekonomi negeri, menunjukkan bahawa parti Warisan yang bersungguh-sungguh untuk mempengaruhi rakyat Sabah memberikan mandat pada parti itu pada PRN17 Sabah akan datang bukan sahaja tiada merit akan tetapi tiada kewajaran.

Rakyat Sabah bukan sahaja perlu mengekalkan kerajaan GRS akan tetapi perlu memberi mandat besar pada PRN17 akan datang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News