Home » Bapa Mentua TYT Sabah, R.M Jasni meninggal dunia
Berita Tempatan Politik

Bapa Mentua TYT Sabah, R.M Jasni meninggal dunia

R.M Jasni meninggal dunia di Hospital Keningau pada jam 3.20 pagi kelmarin. Foto Fcebook Adzhar Tan Sri R.M Jasni - Eddy - EDJ

KOTA KINABALU: Tan Sri R.M Jasni, bapa mentua kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin, meninggal dunia di Hospital Keningau pada 3.20 pagi , kelmarin. 

Allahyarham merupakan bapa kepada isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook anak lelaki kepada Allahyarham, Adzra Addy, jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Pekan Keningau pagi ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 29 Jalan Tenom-Keningau, selepas solat zuhur.

“Mohon dihalalkan makan dan minum dan mohon doakan yang baik-baik untuk Allayarham bapa kami,” katanya, namun tidak mendedahkan punca bapanya meninggal dunia.

Tun Juhar dan Norlidah serta anggota keluarga terdekat yang lain dijadual menghadiri pengebumian tersebut.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment