Home » Berkesankah gabungan Warisan – Umno?
Politik Sudut Pandangan

Berkesankah gabungan Warisan – Umno?

Warisan yang dipimpin bekas Naib Presiden Umno yang suatu ketika dahulu menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW, kini KKDW) mempersiakan peluang itu, sementara peruntukan habis dibelanjakan tetapi tidak dapat dilihat kesannya di lapangan. Selain itu semasa menjadi kerajaan “by defult” bermula pada Mei 2018 sehingga September 2020, pertumbuhan ekonomi negeri menjunam daripada 8% ke negatif 9.2 peratus pada tahun 2020.

RAKYAT Sabah bukan pun lama dimomokkan bahawa penubuhan Parti Warisan adalah untuk menghalau keluar Umno daripada Sabah.

Apa kah misi sebenar parti Warisan itu dikuburkan selepas 6 tahun? kerana kini bersungguh-sungguh menjalin kerjasama dengan Umno dengan tujuan untuk menghadapi musuh yang sama (common enemy)? Iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Apa kah rakyat Sabah menyokong? memandangkan GRS adalah parti tempatan yang membawa misi RUMAH KITA, KITA YANG JAGA, dengan asas perjuangan yang mewakili aspirasi rakyat, iaitu Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United DEMI Sabah yang disayangi.

Betul, parti Warisan menang banyak kerusi pada PRU14 dan PRN16 negeri, atas sebab misi parti itu menghalau keluar Umno, dan kawasan yang ditawan adalah kawasan tradisi Umno.

Apabila rakyat menyedari bahawa misi parti itu hanya strategi untuk menggunakan rakyat untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan, maka pada PRU15 lalu, parti itu gagal mempertahankan 5 kerusi parlimen yang disandang.

Kini kesedaran rakyat mengenai parti itu semakin jelas, bahawa pemimpin parti itu sanggup menelan kahak sendiri dan sekali lagi mahu menggunakan rakyat untuk mendapat kuasa dan kedudukan melalui kerjasama dengan Umno.

Di pihak Umno pula kerjasama dengan Warisan menunjukkan kepada rakyat satu pengakuan bahawa parti itu kehilangan sokongan dan kekuatan dan untuk kenampakan relevan maka pemimpin parti itu meyakinkan diri mereka sendiri menerusi kerjasama itu kerana menurut mereka parti yang mempunyai misi jelas iaitu menghalau keluar parti itu sanggup menjalin kerjasama.

Matlamat pemimpin dua parti itu untuk mengumpul kekuatan masing-masing menerusi pemindahan total penyokong masing-masing, akan tetapi pemimpin dua parti itu mungkin tidak menyedari bahawa menerusi kerjasama itu, penyokong masing-masing bukan semakin mendekat akan tetapi sebaliknya.

Penyokong masing-masing parti menyedari bahawa mereka hanya dipergunakan untuk mencapai hasrat para pemimpin dua parti itu.

Dengan kewujudan Gabungan Rakyat Sabah yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, dilihat menengelamkan penonjolan pemimpin dua parti itu atau dengan kata lain, tiada pemimpin dua parti itu boleh menjadi alternatif.

Oleh kerana pemimpin atau penyokong dua parti itu merasakan tidak dapat menyaingi kepimpinan Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri itu, maka “cyber troopers” mereka menggunakan pendekatan pembunuhan karakter dengan membuat dakwaan fitnah menyerang pribadi termasuk ahli keluarga beliau.

Apabila serangan pribadi menjadi pilihan maka cerminan kepada tiada isu kepimpinan, tiada isu pemerintahan, tiada isu membela rakyat dan tiada isu memajukan dan membangun negeri.

Para pejuang maya dua parti itu terlepas pandang, bahawa rakyat bukan “paloi” untuk dipengaruhi, sedangkan tindakan mereka itu adalah tindakan menggali kubur sendiri untuk dikuburkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment