Home » Kerjasama politik: Mengapa UMNO tunggu DUN Sabah bubar?
Politik Sudut Pandangan

Kerjasama politik: Mengapa UMNO tunggu DUN Sabah bubar?

UMNO adalah parti yang menarik sokongan daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) pada 6 Januari 2023. Tujuan menarik sokongan itu agar kerajaan tumbang.

Apabila tumbang maka Umno dengan kerjasama Parti Warisan dan mengharap sokongan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan dan Datuk Bung Moktar Radin dilantik sebagai Ketua Menteri.

Malangnya gerakan itu gagal, apabila 7 ADUN PH kekal menyokong kerajaan off the day yang dipimpin Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan diabsahkan menerusi Sidang Khas DUN Sabah pada 10 Januari dengan 44/79 ADUN menyokong. Jumlah minimum yang diperlukan bagi maksud majoriti mudah adalah 40/79.

Umno, GRS dan Warisan adalah sebahagian parti yang menyokong kerajaan Persekutuan, akan tetapi Umno dan Warisan diperingkat negeri adalah pembangkang.

Berdasarkan fakta, apapun tindakan Umno termasuk berteka teki, bahawa parti itu hanya menentukan bekerjasama atau sebaliknya dengan parti-parti lain selepas DUN Sabah dibubar, pada hakikatnya sebagai strategi lapuk, kerana tiada sesiapa yang percaya berkaitan pendekatan itu, kerana jelas, kerjasama Umno dan Warisan sedang rancak dijalankan.

GRS bukan sahaja perlu berwaspada akan tetapi perlu bersedia dengan taktik tersembunyi itu.

Umno takut secara terang-terangan mengistiharkan kerjasama dengan Parti Warisan, kerana ianya satu pengakuan bahawa parti itu telah hilang kekuatan dan sokongan.

Hakikatnya jika dua parti itu bekerjasama lebih memudahkan GRS menang kerusi yang diperlukan untuk mempertahankan kerajaan, atas sebab, sebahagian besar pengundi yang pernah mengundi parti-parti itu telah sedar bahawa kerjasama itu hanya mempergunakan rakyat untuk mendapat kedudukan dan kuasa, jauh sekali untuk membela rakyat.

Parti Warisan mempunyai rekod tersendiri apabila mendapatkan kuasa selain mengabaikan rakyat Sabah termasuk melantik bukan rakyat Sabah untuk jawatan-jawatan tertentu, pilih kasih dalam perlantikan jawatan-jawatan penting, manakala Umno pula ketandusan pemimpin yang boleh diharapkan memajukan dan membangun negeri, kerana pemimpin yang memimpin parti itu pada masa ini hanya mereka yang pandai bercakap, berteori yang tidak praktikal, tiada kemampuan daripada segi pengurusan, perancangan, selain hanya berminat pada kedudukan dan kuasa.

Kepimpinan Warisan tiada yang boleh diberikan pada rakyat sebagai harapan, melainkan harapan bulan bintang, kerana terbukti apabila menjadi kerajaan, perekonomian Sabah hampir musnah apabila pertumbuhan ekonomi yang positif yang telah diwarisi bertukar pada negatif, bukan kecil akan tetapi negatif 9.2 peratus.

Manakala Umno pula, walaupun pengerusi perhubungan parti itu berjawatan Timbalan Ketua Menteri I, dan menerajui kementerian penting yang diberi tanggungjawab mengurus kemudahan awam, akan tetapi gagal total termasuk di kawasan sendiri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment