Home » PRU15: Majlis Syura lulus senarai calon PAS Sabah
Berita Tempatan Politik

PRU15: Majlis Syura lulus senarai calon PAS Sabah

Pada pilihan raya negeri 2020 lalu, PAS Sabah tidak bertanding tetapi membantu calon Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional PN) yang sekali gus bersama dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

KOTA KINABALU: PAS Sabah kini telah siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata setiausahanya, Dr Aliakbar Gulasan.

Menurutnya, jentera pilihan raya di semua peringkat telah digerakkan dan bilik operasi juga telah digerakkan sepenuhnya.

“Jentera parti kini sudah bersedia untuk menghadapi PRU15,” katanya selepas menghadiri mesyuarat PAS negeri, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Aliakbar yang juga ADUN Sabah (Dilantik) berkata PAS negeri telah menghantar senarai calon kepada PAS Pusat dan sudah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.

“Kita yakin ada kerusi-kerusi yang kita boleh menang dan gerak kerja PAS sudah turun kepada masyarakat.

“Gerak kerja PAS telah dijalankan dalam pelbagai aspek bagi menyantuni rakyat antaranya program-program kebajikan, pendidikan, kemasyarakatan dan dakwah dalam institusi kelompok masyarakat,” katanya.

Pada pilihan raya negeri 2020 lalu, PAS Sabah tidak bertanding tetapi membantu calon Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional PN) yang sekali gus bersama dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 

AMIRUDDIN MOHD ROSDI

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment