KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, tiba di sini semalam untuk lawatan kerja rasmi 3 hari ke Sabah.
Ketibaan beliau di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong dan Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Wilfred Madius Tangau.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, kemudian menghadiri Sesi Taklimat Status Pelaksanaan Projek Persekutuan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.
Selepas itu, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, Teluk Likas.
Mengiringi lawatan kerja beliau adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
— TAMAT
Add Comment