Home » Himpunan dalam kalangan ahli parti mampu eratkan hubungan: Gagasan Rakyat Api-Api
Berita Tempatan Politik

Himpunan dalam kalangan ahli parti mampu eratkan hubungan: Gagasan Rakyat Api-Api

JOHAN: Faisyal (tiga kanan) menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan sambil disaksikan Awang (dua kanan).

KOTA KINABALU: Perhimpunan dalam kalangan rakan serta ahli dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) penting dalam usaha membina hubungan erat diantara satu sama lain.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Api-Api Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego berkata, program-program yang diadakan khususnya seperti Pertandingan Karaoke Perhimpunan Biro Ekonomi Gagasan Rakyat Api-Api penting ke arah usaha itu.

“Inisiatif Biro Ekonomi tidak hanya terbatas mempamerkan bakat, ia juga adalah pemangkin untuk membina hubungan kukuh diantara ahli kita.

“Acara tahun ini bukan hanya tentang hiburan, ia merupakan bukti komitmen kita untuk mencipta komuniti yang rapat dalam Bahagian Gagasan Rakyat Api-Api,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Datuk Awang Ahmad berkat, niat utama Biro Ekonomi Gagasan Rakyat Api-Api adalah untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli bahagian.

“Tujuan kami adalah untuk merapatkan barisan dan menguatkan ikatan dalam komuniti kami,” katanya.

Pada majlis berkenaan, pertandingan itu melibatkan 11 peserta finalis yang mewakili pelbagai cawangan masing-masing bersaing untuk meraih gelaran juara. 

 Awang ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu.
AMANAT: Awang ketika menyampaikan ucapan pada majlis itu.

Johan tidak hanya membawa pulang piala dan sijil tetapi juga menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,000.

Majlis berkenaan dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang mana hadiah-hadiahnya termasuklah sebuah peti sejuk, dua mesin basuh automatik dan banyak lagi.

Sorakan bergema jelas membuktikan acara itu berjaya mencapai tujuan asalnya bagi mempamarkan bakat serta meningkatkan semangat komuniti dalam Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api.

Majlis ditutup dengan kejayaan, perpaduan, menetap nada positif untuk tahun yang akan datang.

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment