DARI azali, mana-mana parti atau pemimpin pembangkang mengambil pendekatan politiking sepanjang masa sebagai kaedah untuk kekal relevan.
Berbeza dengan parti atau pemimpin kerajaan sibuk mengatur, merealisasikan janji-janji, sebagi “scorecard” untuk dinilai rakyat pada pilihan raya.
Semasa pilihan raya, parti atau pemimpin kerajaan akan membawa rekod pencapaian dan kejayaan semasa memerintah, manakala pembangkang mungkin menidakannya sambil berjanji akan lebih baik jika rakyat memberi mandat.
Tabiat pembangkang akan memperbesar-besar yang kecil, kerana menggunakan pendekatan erti pepatah, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.
Oleh sebab pendekatan parti atau pemimpin pembangkang mengunakan apa sahaja peluang untuk tujuan politik (politiking), maka mahu tidak mahu pemimpin kerajaan juga terpaksa mengikut rentak jika tidak rakyat berkemungkinan terpengaruh dengan dengan dakyah, atau tipu daya.
Pemimpin kerajaan terpaksa bekerja lebih masa, terpaksa bertugas dua dalam satu (2 in 1), sebagai pengerak kemajuan dan pembangunan juga melayan karenah politiking. Berbeza dengan pemimpin pembangkang yang tiada tugas lain, selain mempolitik apa sahaja untuk kenampakan relevan.
Di Sabah, pemimpin pembangkang mengambil peluang apa sahaja keadaan, daripada isu kemudahan asas ke kenaikan harga barang, penurunan nilai ringgit, malah ada yang mempolitikan berkaitan kartel dadah.
Tidak cukup dengan itu ada yang menggunakan pendekatan pembunuhan karakter menerusi fitnah dan pembohongan.
Pendekatan mereka mengambil iktibar pembusukan ikan bermula daripada kepala, maka tentunya ketua kerajaan, iaitu Ketua Menteri menjadi sasaran.
Berbagai dakyah karut dilemparkan kepada Ketua Menteri menerusi cytro mereka yang menyembunyikan identiti menerusi laman-laman sosial, malah termasuk sebaran mengikut kontak whatsApp.
Berdepan dengan pendekatan pembangkang yang sentiasa politiking, maka pemimpin,penyokong kerajaan perlu bekerja keras menyampaikan hasil kerja samada pencapaian atau kejayaan, berkaitan kutipan hasil negeri, perdagangan, penyediaan peluang-peluang pekerjaan, jumlah pelaburan, selain perancangan masa depan untuk kemajuan dan kemakmuran.
Kelemahan menyalurkan rekod pencapaian dan kejayaan ke peringkat akar umbi, akan dieksploitasi pembangkang mempengaruhi mereka seperti mana berlaku semasa PRU14, kerana semasa berhadapan PRU itu tiada sebarang rekod atau kejayaan pembangkang jika dibandingkan dengan rekod kerajaan, akan tetapi, mereka mampu memanipulasi keadaan, dengan menggunakan isu-isu terpencil yang dekat dengan hati rakyat, seperti isu tanah dan pembalakan.
Berhadapan dengan PRN17, pemimpin dan penyokong parti kerajaan kena jelajah semua pelosok untuk menyampaikan apa sahaja pencapaian dan perancangan kerajaan, khusunya visi untuk mengwujudkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, menerusi SABAH FIRST, SABAH FORWARD, SABAH PROSPER DAN SABAH UNITED demi SAYANGI SABAH.
*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News
Add Comment