Home » Suhu panas meningkat beri kesan kepada sistem grid elektrik
Berita Am Berita Tempatan

Suhu panas meningkat beri kesan kepada sistem grid elektrik

Pengurus Besar (SistemOperasi) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Adrian Leo Mosigil berkata," keadaan ini boleh memberi tekanan terhadap kestabilan Sistem Grid yang diuruskan."

KOTA KINABALU: Cuaca panas yang melanda Sabah sejak akhir-akhir ini dijangka akan mengakibatkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik.

Pengurus Besar (SistemOperasi) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Adrian Leo Mosigil berkata,” keadaan ini boleh memberi tekanan terhadap kestabilan Sistem Grid yang diuruskan.”

“Pada ketika ini, permintaan tenaga tertinggi yang pernah direkodkan pada waktu puncak adalah 1090.73 MegaWatt (MW) sementara itu, pada keadaan biasa kapasiti penjanaan keseluruhan pula adalah sekitar 1,300MW.

“Antara punca utama penurunan kapasiti penjanaan ini adalah berikutan salah sebuah Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Kimanis, Papar yang terpaksa menutup sementara sebahagian operasinya bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan pada set tarbin gasnya dapat dilaksanakan dengan lebih selamat,” katanya dalam kenyataan disiarkan pada hari Selasa di sini.

Selain itu katanya, margin simpanan tenaga yang amat kecil iaitu pada kadar 12 peratus daripada kapasiti penjanaan tenaga keseluruhan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga menjadikan SESB lebih berhati-hati dalam menguruskan bekalan elektrik kepada pengguna.

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment